MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel
Add this post to favorites

Pemulihan pembedahan caesarean: Perkara untuk diberi perhatian

Seperti mana-mana pembedahan, pemulihan pembedahan caesarean juga mengambil masa. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk membantu anda sembuh, dari tempoh pemulihan pembedahan caesarean hinggalah membersihkan luka atau insisi selepas pembedahan.

2 minit hingga baca By Danial Ahmad , Author Nov 26, 2021

Checklist

  1. Minta keluarga dan rakan-rakan untuk membantu sekurang-kurangnya beberapa minggu pertama pemulihan anda. Baca tip kami tentang cara mengendalikan tetamu selepas bersalin.
     
  2. Jika anda membuat keputusan untuk menjalani pembedahan caesarean, masak dan bekukan sedikit makanan sebelum anda masuk ke hospital. Masakan sup adalah pilihan yang baik dan pastikan ia mengandungi sayur-sayuran.
     
  3. Simpan stok makanan sebelum anda pulang dari hospital. Minta keluarga atau rakan-rakan untuk membantu, atau beli barangan runcit secara dalam talian apabila anda pulang ke rumah.
     
  4. Anda perlu membersihkan luka pembedahan caesarean anda dengan berhati-hati setiap hari tetapi bidan atau penyedia penjagaan kesihatan (HCP) anda akan memberi nasihat mengenai perkara ini.
     
  5. Jika luka anda sakit, maklumkan kepada jururawat perbidanan atau doktor anda. Mereka akan memeriksa luka dan mungkin mengesyorkan pengambilan ubat tertentu.
     
  6. Tanya doktor anda adakah lebih baik membalut luka pembedahan caesarean atau biarkan sahaja ia terbuka.
     
  7. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya tidak merengsakan luka anda, dan seluar dalam yang lebih tinggi daripada luka anda (bukan melekat pada luka pembedahan).
     
  8. Letakkan keperluan harian anda (makanan, pakaian, peralatan mandian, pinggan mangkuk) dan si manja di tempat yang mudah diambil supaya anda tidak perlu mencapai atau membongkok.
     
  9. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minum banyak air untuk membantu mengurangkan masalah sembelit.
     
  10. Anda tidak boleh memandu sehingga enam minggu jadi jika anda perlu untuk pergi ke mana-mana mintalah bantuan pasangan, ahli keluarga atau rakan-rakan untuk membawa anda. 
     
  11. Pertimbangkan untuk mengguna bantal berbentuk V atau yang sesuai untuk penyusuan ibu supaya si manja lebih selesa semasa menyusu. Dapatkan nasihat daripada doktor atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di awasan anda.
     
  12. Cuba jangan mengangkat apa-apa yang berat sehingga pemeriksaan pembedahan caesarean enam minggu postnatal.
     
  13. Elakkan membawa sesuatu yang lebih berat daripada anak anda.
     
  14. Cuba untuk kekal aktif kerana ini membantu mengelakkan sembelit dan mempercepatkan tempoh pemulihan pembedahan caesarean.

Join

MVP Logo

Here’s where you’ll find everything you need to make the best of those first 1,000 days of parenthood… TOGETHER.

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Not quite what you're looking for?

Try out our new smart search engine