Feed icon
Artikel

Rancang pelan bersalin anda

Kelahiran anak kurang menakutkan jika anda bersedia dengan pelan bersalin persalinan yang mudah dalam fikiran, bagi membantu hari tersebut berjalan dengan lancar. Lihat panduan pelan bersalin yang telah kami senaraikan di bawah.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Sep 13, 2021

Senarai

  1. Fikirkan tentang tempat di mana anda ingin bersalin. Hospital atau klinik bersalin.
     
  2. Pertimbangkan jenis ubatan tahan sakit yang anda mahu, jika ada.
     
  3. Bincang dengan profesional kesihatan anda tentang penyusuan selepas kelahiran.
     
  4. Rancang di mana anda ingin berpantang sama ada di rumah sendiri, rumah ibu bapa atau rumah mertua.
     
  5. Tanyakan pada profesional kesihatan anda sama ada boleh bersalin secara normal (biasa) atau pembedahan (caesarean)
     
  6. Pertimbangkan di mana dan bagaimana jururawat perbidanan boleh memberikan bantuan dan sokongan. 
     
  7. Kongsikan pelan bersalin dengan pasangan anda - mungkin dia boleh membantu mengingatinya.
     
  8. Pertimbangkan barang yang diperlukan semasa bersalin: bantal, tisu basah, air minuman dan sebagainya.
     
  9. Bincanglah dengan profesional kesihatan anda jika anda mempunyai soalan mengenai pembedahan caesarean.
     
  10. Bincangkan bagaimana Si Manja anda akan dipantau semasa bersalin.
     
  11. Bincangkan pilihan dan keutamaan pelan bersalin yang lain dengan profesional kesihatan anda.
     
  12. Bersalin secara biasa (normal) adalah cara yang paling ideal, selagi tiada komplikasi kesihatan. Tetapi sudah tentu bukan kesemuanya berlaku mengikut perancangan, jadi bersedialah dengan minda yang terbuka. Apa yang paling penting adalah untuk memastikan anda dan Si Manja sentiasa berada dalam keadaan sihat.
     
  13. Setelah anda selesai menyusun pelan bersalin, anda boleh mula merancang apa yang perlu dibawa ke hospital untuk bersalin nanti. Lihat senarai semak barang yang perlu dibawa untuk membantu anda.
     
Join
Logo white

Here’s where you’ll find everything you need to make the best of those first 1,000 days of parenthood… TOGETHER.

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Not quite what you're looking for?

Try out our new smart search engine