MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Program pemakanan

PLAYING: 5 ways to reduce your child’s chances of having allergies

Add this post to favorites

5 cara untuk mengurangkan peluang anak anda mengalami alahan

5 minit hingga baca By Shen-Li Tan Nov 25, 2021

5 cara untuk mengurangkan kemungkinan anak anda mendapat alahan

 

Sejarah keluarga bukanlah punca segalanya – diet dan gaya hidup anda semasa hamil boleh mempengaruhi risiko anak anda mengalami alahan

 

1) MAKAN PELBAGAI MAKANAN

 

eat food

 

Anda tidak perlu mengelakkan makanan tertentu kerana bimbang tentang alahan. Malah, bukti saintifik terkini menunjukkan bahawa sebaliknya adalah benar. Kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang tidak mengalami alahan yang makan lebih banyak ikan, atau kacang, mempunyai gejala alahan yang lebih rendah pada tahun-tahun awal mereka berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang tidak makan makanan ini. Mengapa? Para saintis tidak boleh menjelaskannya dengan pasti tetapi kajian menunjukkan bahawa lemak sihat yang terdapat dalam ikan (termasuk asid lemak Omega-3 seperti DHA) dan kacang boleh memainkan peranan.

 

2) PERTIMBANGKAN PENGAMBILAN PROBIOTIK TERTENTU

consider certain probiotics

Pengambilan suplemen probiotik jenis tertentu semasa hamil dan menyusu mungkin membantu mencegah ekzema pada sesetengah kanak-kanak.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan sejarah keluarga yang mengalami alahan (ibu ayah, atau adik-beradik) yang ibunya mengambil suplemen probiotik tertentu semasa hamil dan menyusu mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat ekzema berbanding kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil probiotik.

3) JAUHI DIRI DARI ASAP ROKOK

 

stay away from smoke

 

Merokok semasa hamil meningkatkan kemungkinan anak anda mengalami alahan, termasuk asma. Mujurlah, ramai bakal ibu berazam untuk berhenti merokok pada masa ini. Jika anda memerlukan bantuan, berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda. Jauhi persekitaran yang berasap dan juga perokok.

 

4) SUSUKAN SI MANJA SELEPAS BERSALIN

breastfeed

Di samping pelbagai faktor imun yang penting, susu ibu mengandungi bakteria "mesra" yang boleh membantu meningkatkan sistem imun anak anda. Ini amat penting bagi anak yang dilahirkan secara caesarean kerana mereka terlepas bakteria "mesra" ini di saluran kelahiran. Disyorkan bahawa inilah sebabnya mengapa kanak-kanak yang dilahirkan secara caesarean cenderung mempunyai risiko yang lebih besar daripada beberapa jenis alahan. Jika anda melahirkan secara caesarean, susukan si manja anda secepat mungkin selepas bersalin.

5) PEMAKANAN & PENYUSUAN

 

Anda mungkin pernah mendengar bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama mempunyai manfaat kesihatan untuk si manja anda. Tahukah anda bahawa saintis juga mengesyorkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk bulan-bulan pertama bagi mengurangkan kemungkinan alahan susu lembu, ekzema dan semput semasa usia kanak-kanak? Jika anda memutuskan untuk tidak menyusukan si manja secara eksklusif, sila rujuk profesional penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang penyusuan.

 

Sumber

  • Alexander DD, Cabana MD. Partially hydrolyzed 100% whey protein infant formula and reduced risk of atopic dermatitis: A meta-analysis. J Pediatr Gastroenterol Nutr 2010; 50:422–30.
  • Biasucci G, Rubini M, Riboni S et al. Mode of delivery affects the bacterial community in the newborn gut. Early Hum Dev 2010; 86 Suppl 1:13-5.
  • Bunyavanich S, Rifas-Shiman SL, Platts-Mills TA, et al. Peanut, milk, and wheat intake during pregnancy is associated with reduced allergy and asthma in children. J Allergy Clin Immunol 2014; 133:1373-82.
  • Cuello-Garcia CA, Brozek JL, Fiocchi A et al. Probiotics for the prevention of allergy: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. J Allergy Clin Immunol 2015; 136(4):952-61.
  • Dotterud CK, Storrø O, Johnsen R et al. Probiotics in pregnant women to prevent allergic disease: a randomized, double-blind trial. Br J Dermatol 2010; 163:616–23.
  • Fleischer DM, Spergel JM, Assa’ad AH et al. Primary prevention of allergic disease through nutritional interventions. J Allergy Clin Immunol Pract 2013; 1:29-36.
  • Frazier AL, Camargo CA, Malspeis S et al. Prospective study of peripregnancy consumption of peanuts or tree nuts by mothers and the risk of peanut or tree nut allergy in their offspring. JAMA Pediatr 2014; 168(2):156-62.
  • Hunt KM, Foster JA, Forney LJ et al. Characterization of the diversity and temporal stability of bacterial communities in human milk. PLoS.One. 2011; 6(6):e21313.
  • Kalliomaki M, Salminen S, Arvilommi H, et al. Probiotics in primary prevention of atopic disease: a randomized placebo-controlled trial. Lancet 2001; 357:1076–9.
  • Kim JY, Kwon JH, Ahn SH et al. Effect of probiotic mix (Bifidobacterium bifidum, Bifidobacterium lactis, Lactobacillus acidophilus) in the primary prevention of eczema: a double-blind, randomized, placebo-controlled trial. Pediatr Allergy Immunol 2010: 21: e386–93.
  • Koplin J, Allen K, Gurrin L et al. Is caesarean delivery associated with sensitization to food allergens and IgE-mediated food allergy: a systematic review. Pediatr.Allergy Immunol 2008; 19(8):682-7.
  • Kuitunen M, Kukkonen K, Juntunen-Backman K et al. Probiotics prevent IgE-associated allergy until age 5 years in cesarean-delivered children but not in the total cohort. J Allergy Clin Immunol 2009; 123:335-41.
  • Palmer DJ. Early nutrition and its effect on allergy development. In: Saavedra JM, Dattilo AM (Eds.), Early Nutrition and Long-Term Health: Mechanisms, Consequences, and Opportunities. Elsevier, Oxford, 2017; (Chapter 7).
  • Papathoma E, Triga M, Fouzas S et al. Cesarean section delivery and development of food allergy and atopic dermatitis in early childhood. Pediatr Allergy Immunol 2016; 27: 419–24.
  • Rautava S, Kalliomaki M, Isolauri E. Probiotics during pregnancy and breastfeeding might confer immunomodulatory protection against atopic disease in the infant. J Allergy Clin Immunol 2002; 109:119-21.
  • Rautava S, Kainonen E, Salminen S et al. Maternal probiotic supplementation during pregnancy and breast-feeding reduces the risk of eczema in the infant. J Allergy Clin Immunol 2012; 130:1355-60.
  • Sanchez-Valverde F, Gil F, Martinez D et al. The impact of caesarean delivery and type of feeding on cow's milk allergy in infants and subsequent development of allergic march in childhood. Allergy 2009; 64(6):884-9.
  • von Berg A. Dietary interventions for primary allergy prevention – What is the evidence? World Rev Nutr Diet 2013; 108:71–8.
  • Ward TL, Hosid S, Ioshikhes I et al. Human milk metagenome: a functional capacity analysis. BMC Microbiol 2013; 13:116. doi: 10.1186/1471-2180-13-116.
  • Woo Baidal J, Locks L, Cheng E et al. Risk factors for childhood obesity in the first 1000 days: A systematic review. Am J Prev Med 2016; 50(6):761-79. Stay away from smoke

Terakhir disemak semula: Ogos, 2016

Join

MVP Logo

Here’s where you’ll find everything you need to make the best of those first 1,000 days of parenthood… TOGETHER.

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Not quite what you're looking for?

Try out our new smart search engine