
Inisiatif Keibubapaan Nestlé
Menyokong perjalanan anda sebagai ibu bapa
Ramai pasangan yang baru menimang cahaya mata kurang memahami tentang keibubapaan. Jadi untuk menyokong dan memahami mereka, kami mulakan dengan: mendengar.

Kami memahami cabaran anda
Berbekalkan pengalaman yang disokong oleh sains selama 150 tahun, kini telah tiba masanya untuk kami memberi ruang kepada semua ibu bapa yang telah biasa mendengar tangis tawa si manja - memahami erti sebenar keibubapaan.
Artikel

Bagaimana untuk jadi ibu bapa macam pro
Si manja anda akan lahir tidak lama lagi atau anda baru sahaja menyambut kelahirannya. Tapi, anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan (sshh, takkan semua nak tanya mak mentua). Jangan risau, lihat senarai semak kami untuk membantu anda dalam setiap aspek keibubapaan moden.
Rileklah! tiada jawapan yang salah atau betul
Ada ke perkataan tu?
Lelap Berita
Bila anda terlalu lama tidak membaca akhbar, menonton TV atau melayari media sosial hingga anda tak sedar apa yang berlaku di dunia nyata.
Parentnoia
Bila anda takut untuk mengakui anda bergelut dengan tanggapan atau pengabaian.
Cutidur
Bila anda ingin sangat bercuti jauh daripada anak anda supaya anda boleh tidur lena.
Abai Diri
Apabila anda begitu fokus dalam penjagaan si manja hingga anda lupa untuk menjaga keperluan asas anda sendiri.
Lali Tangisan
Bila anda tidak lagi mendengar anak anda (atau kanak-kanak lain) menangis kerana sudah terbiasa dengan bunyi bising.
Tidur Sorok-sorok
Bila anda bersembunyi di bilik lain dan berpura-pura tidur supaya pasangan anda pula menjaga si manja.
Penasihat Luar
Panggilan oleh ibu bapa baru kepada orang tidak dikenali yang memberikan pandangan dan nasihat yang tidak diminta tentang bagaimana anda membesarkan anak anda.
Hiba Ibu
Bila, walaupun anda begitu menyayangi si manja, tapi ada masa anda berasa hendak menangis, terharu dan kesepian dalam meniti kehidupan sebagai ibu bapa baru.
Drama Mama
Berlaku bila anda sebagai ibu merasakan apa yang dibuat semuanya tidak betul, sementara apa yang ayah lakukan semuanya betul.