MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel
Add this post to favorites

Diet semasa Mengandung

Tempoh kehamilan anda adalah masa yang sungguh indah. Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang anak anda dalam kandungan, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak pertama anda.

3 minit hingga baca By Danial Ahmad , Author Feb 19, 2021

Tempoh kehamilan anda adalah masa yang sungguh indah. Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang anak anda dalam kandungan, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak pertama anda. Dalam perjalanan sebagai seorang ibu, banyak pertanyaan yang mengambil kira pemakanan yang seimbang akan timbul. Pemakanan yang berkhasiat adalah penting untuk ibu yang mengandung serta juga untuk kandungan anda.

Anda harus makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang semasa mengandung demi kesihatan anda. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam yang mengandungi folat, serta pelbagai nutrien yang lain seperti vitamin A, C dan K. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni akan memastikan anda dan Si Manja mendapat pelbagai vitamin dan mineral. Ia akan membantu menyokong sistem pencernaan anda semasa mengandung. Jika anda cuba pelbagai jenis makanan, Si Manja juga mungkin dapat “merasa” makanan tersebut pada tempoh akhir kehamilan anda.

Anda juga memerlukan protein yang mencukupi semasa kehamilan anda. Sumber-sumber protein termasuk ikan, telur, susu atau daging tanpa lemak. Ikan kembung dan ikan salmon juga merupakan sumber asid lemak omega-3. Daging tanpa lemak yang belum diproses juga akan membekalkan protein yang diperlukan semasa mengandung. Selain daging dan ikan, anda juga perlu makan telur ayam yang mempunyai banyak vitamin dan mineral tambahan selain protein.

Cuba elakkan makanan daging mentah dan kerang. Daging yang tidak dimasak sepenuhnya mungkin mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan penyakit semasa mengandung. Terdapat beberapa jenis ikan seperti jerung atau marlin yang mengandungi jumlah logam merkuri yang tinggi. Elakkan makanan jenis ikan yang disebut di atas jika boleh. Kurangkan minuman berkafein dan pengambilan alkohol demi kehamilan yang sihat dan selamat.

Jika anda ingin melengkapkan pemakanan anda semasa hamil, anda boleh cuba susu formula Nestlé MOM yang diperkaya dengan nutrien. Dua hidangan/gelas sehari membekalkan 87.6mg DHA. DHA banyak didapati dalam otak. Nestlé MOM juga mengandungi 20 vitamin dan mineral serta kebaikan BIFIDUS BL, iaitu bakteria yang berfaedah untuk anda dan kandungan. Dengan 2 gelas Nestlé MOM sehari, anda boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan semasa kehamilan anda.

Akhir kata, pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang penting semasa kehamilan anda. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, dapatkan nasihat doktor anda. Perjalanan untuk menjadi seorang ibu adalah satu pengalaman yang istimewa. Semoga anda berjaya dalam pengembaraan anda sebagai seorang ibu!

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.