MyFeed Personalized Content

Terma & Syarat

Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini. Pastikan anda membaca Terma dan Syarat dalam dokumen ini dengan teliti kerana penggunaan laman web ini memerlukan persetujuan anda. Laman web ini menggunakan perkataan "kami", "kita", "Nestlé" dan "Kumpulan Nestlé" yang merujuk kepada Nestlé (Malaysia) Berhad dan mana-mana anak syarikatnya, syarikat berkaitan dan/atau gabungan yang bersesuaian dengan konteks.

Polisi Keselamatan dan Privasi Laman Web

Segala maklumat peribadi atau bahan yang dihantar kepada laman web Kumpulan Nestlé (seperti yang dinyatakan di atas) adalah di bawah polisi keselamatan dan privasi Kumpulan Nestlé terhadap data peribadi yang dinyatakan dalam Polisi Privasi yang terdapat di sini.

Ketepatan, kelengkapan dan ketepatan masa maklumat

Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya maklumat di dalam laman web ini tidak tepat atau lengkap. Segala penggunaan di dalam laman web ini adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

Anda bersetuju bahawa pemerhatian terhadap sebarang perubahan kepada bahan dan maklumat yang terdapat di dalam laman web ini adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

Penyiaran

Sebarang komunikasi tidak personal atau bahan yang dihantar ke laman web ini melalui mel elektronik atau sebaliknya, termasuklah segala data, soalan, komen, cadangan dan seumpamanya adalah dianggap sebagai tidak sulit.

Apa-apa sahaja yang dihantar atau disiarkan akan menjadi hak milik eksklusif Kumpulan Nestlé dan boleh digunakan tanpa sebarang sekatan untuk sebarang tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran semula, pendedahan, penghantaran, penerbitan dan penyiaran.

Selain itu, Kumpulan Nestlé bebas untuk menggunakan dengan apa-apa tujuan sekalipun (termasuk tetapi tidak terhad kepada perkembangan, pembuatan, pengiklanan dan pemasaran produk) sebarang kenyataan, idea, karya seni, ciptaan, pembangunan, cadangan, konsep atau seumpamanya yang terkandung dalam mana-mana komunikasi yang dihantar ke laman web ini.

Sebarang penggunaan maklumat tidak memerlukan kebenaran daripada pihak yang menghantarnya. Dengan menghantar maklumat, anda juga perlu menjamin bahawa segala bahan/kandungan yang dihantar merupakan hak milik sendiri, yang tidak mengandungi unsur fitnah dan penggunaan bagi pihak Kumpulan Nestlé tidak akan menyinggung mana-mana pihak. Namun begitu, Kumpulan Nestlé tidak berada di bawah tanggungjawab untuk menggunakan maklumat yang dihantar.

Hak Cipta Harta Intelek

Semua hak cipta dan harta intelek terhadap semua teks, imej dan bahan-bahan yang lain di laman web ini adalah hak milik Kumpulan Nestlé atau disertakan dengan kebenaran pemilik yang berkaitan.

Anda dibenarkan untuk melayari laman web ini, mengeluarkan semula dan mengekstrak dengan cara mencetak, memuat turun ke cakera keras (hard disk) atau untuk tujuan pengedaran kepada individu lain.

Ini perlu dilakukan dengan syarat bahawa anda mengekalkan semua hak cipta dan notis proprietari yang lain dan notis tanda dagangan seperti yang dinyatakan di atas perlu disertakan pada pengeluaran semula tersebut. Tiada pengeluaran semula terhadap mana-mana bahagian di laman web ini yang boleh dijual atau diedarkan untuk keuntungan komersial dan tidak boleh diubah suai atau digabungkan dalam mana-mana karya, penerbitan atau laman web lain.

Tanda dagangan (trademark), logo, watak dan tanda perkhidmatan (secara kolektifnya "Tanda Dagangan") yang dipaparkan di laman web ini adalah kepunyaan, atau dilesenkan secara eksklusif kepada Kumpulan Nestlé. Tiada apa-apa yang terkandung di laman web ini yang memerlukan izin seperti memberikan lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Tanda Dagangan yang dipaparkan di laman web ini.

Penggunaan/penyalahgunaan anda terhadap Tanda Dagangan yang dipaparkan di laman web ini, atau pada mana-mana kandungan lain di laman web ini, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat adalah dilarang sama sekali. Anda juga dinasihatkan bahawa Kumpulan Nestlé secara agresif akan menguatkuasakan hak harta intelek sepenuhnya mengikut undang-undang termasuk pendakwaan jenayah bagi kesalahan serius.

Pautan ke laman web lain

Pautan di laman web Kumpulan Nestlé mungkin akan membawa anda ke luar rangkaian Kumpulan Nestlé dan Kumpulan Nestlé tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan atau fungsi laman web yang lain.

Pautan disediakan adalah dengan tujuan yang baik dan Kumpulan Nestlé tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang perubahan dalam laman web lain yang tersedia pautannya.

Kemasukan melalui mana-mana pautan ke laman web lain tidak disokong oleh Kumpulan Nestlé.

Kami amat mengesyorkan agar anda sentiasa mengawasi dan membaca dengan teliti notis undang-undang dan privasi semua laman web lain yang telah anda lawati.

Waranti dan Penafian

Penggunaan laman web ini adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

Waranti

Laman web ini disediakan atas dasar "Sebagaimana Ada" dan "Sebagaimana Tersedia" dan Kumpulan Nestlé tidak memberikan sebarang waranti, sama ada nyata, tersirat, berkanun atau sebaliknya (termasuk waranti tersirat kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu) termasuk waranti atau representasi bahawa bahan di laman web ini tersedia dengan lengkap, tepat, boleh dipercayai, tepat pada masanya, tidak melanggar pihak ketiga; bahawa akses ke laman web ini tidak akan terganggu atau bebas kesilapan; bahawa laman web ini akan selamat; bahawa sebarang nasihat atau pendapat yang diperoleh daripada Kumpulan Nestlé melalui laman web ini adalah tepat atau boleh dipercayai dan sebarang representasi atau waranti terhadapnya adalah dinafikan dengan nyata.

Kami mempunyai hak untuk menyekat atau menamatkan akses anda ke laman web ini atau mana-mana ciri laman web ini atau mana-mana ciri atau sebahagian daripadanya pada bila-bila masa.

Tanggungjawab

Kumpulan Nestlé atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam penciptaan, pengeluaran atau penyerahan laman web ini, pihak kami tidak akan mempunyai liabiliti atau apa-apa tanggungjawab sekalipun untuk sebarang kerosakan langsung, sampingan, berbangkit, tidak langsung atau punitif, kos, kerugian atau apa-apa yang timbul daripada akses anda kepada penggunaan, ketidakupayaan untuk menggunakan, perubahan dalam kandungan laman web ini atau yang timbul daripada mana-mana laman web lain yang anda akses melalui pautan dari laman web ini atau daripada sebarang tindakan yang kami ambil atau tidak ambil akibat daripada sebarang mesej mel elektronik yang anda hantarkan.

Kumpulan Nestlé atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam penciptaan, pengeluaran atau penyerahan laman web ini tidak akan bertanggungjawab untuk mengekalkan bahan dan perkhidmatan yang disediakan di laman web ini atau untuk membekalkan sebarang pembetulan, kemas kini atau keluaran yang berkaitan dengannya. Sebarang bahan di laman web ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Selain itu, Kumpulan Nestlé tidak mempunyai sebarang liabiliti atau tanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau disebabkan oleh virus yang mungkin menjangkiti peralatan komputer anda atau harta lain kerana anda menggunakan, mengakses atau memuat turun mana-mana bahan daripada laman web ini. Jika anda memilih untuk memuat turun bahan dari laman web ini, ia adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

Aktiviti yang Dilarang

Anda dilarang daripada melakukan sebarang tindakan yang mengikut budi bicara, Kumpulan Nestlé mungkin anggap tidak sesuai dan/atau dianggap sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang atau dilarang oleh mana-mana undang-undang yang terpakai untuk laman web ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Apa-apa tindakan yang boleh menjadi pelanggaran sama ada privasi (termasuk memuat naik maklumat peribadi tanpa kebenaran individu berkenaan) atau mana-mana hak undang-undang individu yang lain;
  • Menggunakan laman web ini untuk memfitnah (secara lisan atau bertulis) nama Kumpulan Nestlé, pekerjanya atau individu lain atau bertindak sedemikian rupa yang mencemarkan nama baik Kumpulan Nestlé;
  • Memuat naik fail yang mengandungi virus yang boleh menyebabkan kerosakan pada harta Kumpulan Nestlé atau harta individu lain.

Anda dan Kumpulan Nestlé bersetuju bahawa sebarang kontroversi atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan laman web ini akan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan diserahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

Kuki

Kumpulan Nestlé menggunakan teknologi penjejakan ("kuki"). Polisi Kumpulan Nestlé mengenai penggunaan kuki ditetapkan dalam dasar privasi dan maklumat peribadi Kumpulan Nestlé yang boleh didapati di sini.

Kemas kini notis undang-undang

Kami berhak untuk membuat sebarang perubahan dan pembetulan pada notis ini. Sila rujuk halaman ini dari semasa ke semasa untuk menyemak ini dan sebarang maklumat tambahan baharu.

 

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.