
17-Week pregnant: Development and Diet
Minggu ke-17 kehamilan: Perkembangan dan diet
Berat si manja anda kini lebih daripada 200g dan makin kelihatan lebih seperti manusia "sebenar" setiap hari. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
PERKEMBANGAN MINGGU KE-17
Hai selamat bertemu lagi! Apa yang anda minum hari ini?
Ada yang kata banyakkan minum soya, nanti anak lahir putih atau jangan minum kopi, nanti anak jadi hitam. Sebenarnya, warna makanan atau minuman tidak akan mempengaruhi warna kulit anak di dalam kandungan. Ini kerana sistem penghadaman dalam badan tidak bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan ke dalam sistem penghadaman. Bagi sesetengah wanita, pada masa ini perut anda dah mula ‘nampak’. Jika anda sangat kurus, atau telah melahirkan anak sebelum ini, kenalah tengok betul-betul baru nampak. Tetapi ini masanya seluar atau skirt sukar untuk dikenakan.
Bagi si manja, banyak yang berlaku pada minggu ini. Kulitnya masih sangat nipis dan agak telus, dengan saluran darah kecil kelihatan melaluinya. Usus anak anda terus berkembang dan kini berada secara kekal di bahagian perutnya. Syukurlah, semuanya berjalan dengan sebaiknya!
PEMAKANAN
Keinginan anda terhadap gula semasa hamil memerlukan sedikit kreativiti daripada yang kebiasaannya, terutamanya jika ianya memuncak. Tidak salah makan pencuci mulut, selagi anda tidak berlebihan. Untuk memenuhi ‘nasfu’ manis anda sambil memenuhi keperluan pemakanan anda, pilih buah-buahan segar, pencuci mulut yang dibuat dengan susu, yogurt biasa, dan buah-buahan kering. Apa yang penting, kesederhanaan. Daripada mengambil ais krim, lebih baik menikmati yogurt dengan gula yang lebih rendah.
TIP
Pemanis tiruan juga dikenali sebagai 'pemanis tidak berkhasiat', 'pengganti gula', atau 'pemanis sifar kalori', biasanya termasuk aspartam, sukralosa, asesulfam-K, sakarin, dan alkohol gula (contohnya xilitol). Walaupun semakin ramai wanita hamil di seluruh dunia mengambil pemanis tiruan, kesan kesihatan jangka panjang mereka telah dipersoalkan. Sesetengah pihak berkuasa pemakanan menunjukkan bahawa dalam had pengambilan yang boleh diterima, jenis pemanis ini selamat untuk wanita dan anak di dalam kandungan mereka. Bukti lain menunjukkan bahawa pendedahan kehidupan awal kepada pemanis tiruan boleh menjejaskan komposisi tubuh dan kesihatan kardio-metabolik. Oleh itu, untuk cadangan terkini, periksa dengan pembekal penjagaan kesihatan anda jika anda ingin mengambil produk-produk ini dalam diet anda.
Artikel berkaitan

3 Tip Untuk Mengurangkan Tekanan untuk Ibu
Pengalaman seorang ibu semestinya penuh dengan saat indah biarpun mencabar.
3 minit hingga baca

Minggu ke-20 kehamilan: Perkembangan dan diet
Banyak perkembangan yang berlaku di kandungan minggu yang mungkin buat anda rasa ingin tidur sejenak selepas membacanya! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
3 minit hingga baca

Minggu ke-36 kehamilan: Perkembangan dan diet
Mulai sekarang sehingga detik kelahirannya, si manja anda akan terus berkembang. Dia kini sudah berukuran 45cm panjang dan beratnya kira-kira 2.9kg! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Tanda-tanda Baby blues vs kemurungan selepas bersalin
Wondering how to know if I have postnatal depression? You’ve just birthed a human, your whole has been turned upside down, and you haven’t slept for what feels like an age.
5 minit hingga baca

Senaman Kehamilan Membantu Anda Kekal Cergas
Kehamilan tidak bermakna anda perlu melekat di katil atau sofa sahaja.
3 minit hingga baca

Minggu ke-14 kehamilan: Perkembangan dan diet
Saiz si kecil anda kini lebih kurang sebesar buah limau gedang (grapefruit)! Sudahkah anda merasa dia bergerak atau menendang?
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Minggu ke-31 kehamilan: Perkembangan dan diet
Menjelang hari yang dinantikan, si manja anda tidak lama lagi akan bergerak ke kedudukan di mana dia akan dilahirkan. Pandainya dia! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca

Pemakanan untuk Kehamilan yang Sihat
Terokai tip-tip kehamilan dan nasihat tentang pemakanan yang betul sepanjang trimester anda.
1 minit hingga baca

Minggu ke-9 kehamilan: Perkembangan dan diet
“Bolehkah kau rasa denyutan jantungku” macam lirik lagu Kpop! Sebenarnya jantung si manja anda kini berdenyut baik sekali. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Minggu ke-26 kehamilan: Perkembangan dan diet
Sudah tiba masanya untuk ucapkan ‘sayonara’ kepada minggu terakhir trimester kedua anda. Si manja anda akan membuka matanya buat kali pertama pada ketika ini!
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca

Soalan untuk ditanyakan pada temujanji pranatal pertama anda
Kini tiba masanya untuk temujanji pranatal pertama anda – teruja?
2 minit hingga baca

4 Senaman Pasangan untuk Kehamilan yang Lebih Bahagia dan Sihat
Jika anda telah aktif dan cergas sebelum hamil, kemungkinan besar anda akan mahu terus melakukan senaman yang anda suka walaupun semasa anda mengandung.
2 minit hingga baca

Minggu ke-21 kehamilan: Perkembangan dan diet
Walaupun berat janin kini sekitar setengah kilo, si kecil anda masih mempunyai banyak ruang di dalam rahim anda. Dia suka ‘bermain’ di dalamnya apabila tidak tidur!
3 minit hingga baca

Minggu ke-37 kehamilan: Perkembangan dan diet
Si manja anda cenderung untuk menghalakan kepalanya ke bawah, lengannya bersilang, dan kaki terlipat di dada kerana tidak banyak ruang untuknya bergerak.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Mengapa 30 minit sehari boleh memberi kesan kepada seumur hidup
Anda mengandung, jadi anda boleh berehat dan mengelak daripada bersenam. Salah!
3 minit hingga baca

Tanda-tanda Kehamilan Minggu ke Minggu: Minggu 26-40
Masanya hampir tiba! Inilah fasa di mana anda benar-benar merasakan perjalanan anda sebagai seorang ibu.
5 minit hingga baca

Minggu ke-15 kehamilan: Perkembangan dan diet
Si kecil di dalam kandungan anda terus berkembang dan minggu ini dia mula mendapatkan deria rasanya. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
2 minit hingga baca

Minggu ke-32 kehamilan: Perkembangan dan diet
Si kecil anda masih berkembang semasa anda menuju ke pusingan akhir, tetapi kebanyakannya menyempurnakan apa yang perlu. Dia bersedia untuk bertemu dengan anda!
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca

Minggu ke-10 kehamilan: Perkembangan dan diet
Anda telah pun memasuki minggu ke-10 kehamilan. Masih ada 29 minggu lagi sebelum anda dapat menatap wajah cahaya mata anda. Ketahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku pada minggu ini.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Aplikasi berkaitan
Kalendar Ovulasi
Tentukan bila anda berkemungkinan untuk ovulasi boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Kalendar Mingguan Kehamilan
Ketahui perubahan yang dapat anda jangkakan dalam badan, emosi, kehidupan dan Si Manja anda.