Feed icon
Artikel

Senarai semak beg untuk dibawa ke hospital

Tak pasti barangan yang perlu ada di dalam beg untuk dibawa ke hospital? Kami telah menyediakan senarai semak beg hospital yang mudah untuk segala keperluan anda. Biar terlebih, jangan terkurang. Inilah masanya untuk membuat persediaan pertama dalam menyambut orang baru dalam keluarga anda.

3 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Sep 13, 2021

Senarai

  1. Bawa pakaian yang selesa untuk berada di wad.
     
  2. Bawa selipar yang tidak licin untuk ke tandas. 
     
  3. Bawa pakaian bersalin yang longgar atau kemeja lama.
     
  4. Bawa tuala sendiri dari rumah.
     
  5. Bawa baju malam yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.
     
  6. Bawakan lebih pad bersalin. Terdapat banyak pendarahan berlaku selepas kelahiran.
     
  7. Bawa beberapa pasang seluar dalam besar, sesuai untuk lepas bersalin. Pastikan potongan pinggang yang tinggi dan dari jenis kapas untuk keselesaan. 
     
  8. Bawa beberapa helai coli menyusu dan pad payudara. Sila lihat senarai semak kami untuk lebih banyak maklumat tentang keperluan penyusuan susu ibu.
     
  9. Bawa snek yang sihat, terutamanya untuk keperluan pemakanan di waktu malam.
     
  10. Bawa pakaian yang selesa untuk perjalanan balik ke rumah dan beg untuk menyimpan pakaian kotor.
     
  11. Bawa peralatan mandian bersaiz kecil, pencuci muka, balm bibir, syampu, krim mandian dan berus gigi.  
     
  12. Bawa kusyen atau bantal penyusuan anda sendiri, dengan warna yang terang supaya tidak hilang!
     
  13. Bawa pelitup mata, penutup telinga, dan semburan air atau kipas poket jika panas.
     
  14. Jangan lupa telefon dan kamera anda untuk merakamkan detik-detik indah yang begitu bermakna dalam kehidupan anda.
     
  15. Bawa sedikit alat solek supaya tidak nampak kusam bila ada pengunjung datang melawat.
     
  16. Pertimbangkan untuk membawa buku dan majalah untuk memastikan anda tidak bosan semasa berehat
     
  17. Bawa buku nota dan pen. Ia akan berguna untuk mencatatkan masa menyusu.
     
  18. Jangan lupa buku rekod kehamilan yang mengandungi maklumat perubatan anda. Ini amat berguna untuk anda.
     
  19. Bawa beberapa helai pakaian Si Manja (2-3 bodysuit dan 2-3 kemeja bergantung kepada cuaca), sarung kaki, baju panas, selimut dan lampin pakai buang.
     
  20. Bawa pek kabel pengecas yang lebih panjang atau powerbank, sekiranya soket jauh.
     
  21. Setelah anda bersedia dengan beg, anda perlu tahu bila masanya untuk anda bersalin. Rujuk senarai semak tanda-tanda bersalin kami untuk mengetahuinya lebih lanjut.
Join
Logo white

Here’s where you’ll find everything you need to make the best of those first 1,000 days of parenthood… TOGETHER.

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Not quite what you're looking for?

Try out our new smart search engine