
Pemulihan pembedahan caesarean: Perkara untuk diberi perhatian
Checklist
- Minta keluarga dan rakan-rakan untuk membantu sekurang-kurangnya beberapa minggu pertama pemulihan anda. Baca tip kami tentang cara mengendalikan tetamu selepas bersalin.
- Jika anda membuat keputusan untuk menjalani pembedahan caesarean, masak dan bekukan sedikit makanan sebelum anda masuk ke hospital. Masakan sup adalah pilihan yang baik dan pastikan ia mengandungi sayur-sayuran.
- Simpan stok makanan sebelum anda pulang dari hospital. Minta keluarga atau rakan-rakan untuk membantu, atau beli barangan runcit secara dalam talian apabila anda pulang ke rumah.
- Anda perlu membersihkan luka pembedahan caesarean anda dengan berhati-hati setiap hari tetapi bidan atau penyedia penjagaan kesihatan (HCP) anda akan memberi nasihat mengenai perkara ini.
- Jika luka anda sakit, maklumkan kepada jururawat perbidanan atau doktor anda. Mereka akan memeriksa luka dan mungkin mengesyorkan pengambilan ubat tertentu.
- Tanya doktor anda adakah lebih baik membalut luka pembedahan caesarean atau biarkan sahaja ia terbuka.
- Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya tidak merengsakan luka anda, dan seluar dalam yang lebih tinggi daripada luka anda (bukan melekat pada luka pembedahan).
- Letakkan keperluan harian anda (makanan, pakaian, peralatan mandian, pinggan mangkuk) dan si manja di tempat yang mudah diambil supaya anda tidak perlu mencapai atau membongkok.
- Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minum banyak air untuk membantu mengurangkan masalah sembelit.
- Anda tidak boleh memandu sehingga enam minggu jadi jika anda perlu untuk pergi ke mana-mana mintalah bantuan pasangan, ahli keluarga atau rakan-rakan untuk membawa anda.
- Pertimbangkan untuk mengguna bantal berbentuk V atau yang sesuai untuk penyusuan ibu supaya si manja lebih selesa semasa menyusu. Dapatkan nasihat daripada doktor atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di awasan anda.
- Cuba jangan mengangkat apa-apa yang berat sehingga pemeriksaan pembedahan caesarean enam minggu postnatal.
- Elakkan membawa sesuatu yang lebih berat daripada anak anda.
- Cuba untuk kekal aktif kerana ini membantu mengelakkan sembelit dan mempercepatkan tempoh pemulihan pembedahan caesarean.