
16-Week pregnant: Development and Diet
Minggu ke-16 kehamilan: Perkembangan dan diet
Kalaulah anda dapat lihat perkembangan si manja di dalam kandungan, anda mungkin akan lihat dia menghisap ibu jarinya! Dia akhirnya berjaya membawa ke mulutnya. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
PERKEMBANGAN MINGGU KE-16
Hey, apa khabar? Anda mengidam makan sesuatu? Harap-harap janganlah yang pelik-pelik ya!
Kalau anda mengidam anda mungkin tertanya-tanya adakah ia kerana anda kekurangan nutrien. Tidak, ia hanya kesan sampingan yang berkaitan dengan hormon kehamilan. Anda mungkin menyedari bahawa sesetengah makanan kelihatan 'berbeza' atau kurang menyelarakan. Yang lainnya, rasa seperti nak sangat! Itulah tubuh seorang wanita hamil. Tiada sebab yang khusus mengapa ia berlaku. Hanya ambil yang terbaik dan fikirkan tentang "kesederhanaan" dalam semua yang anda makan. Cuba seimbangkan kemahuan anda dengan menjaga diri dan anak anda yang semakin membesar.
Dah rasa si manja anda bergerak? Kalau belum, ada kemungkinan anda merasakannya buat kali pertama minggu ini (atau pada minggu-minggu akan datang). Pergerakan ini masih sangat perlahan, jadi jangan harap macam ‘gegar vaganza’. Ia rasa seperti rama-rama terbang di dalam perut anda. Atau macam gelembung kecil. Inilah momen yang indah untuk dikenang apabila ia berlaku.
PEMAKANAN
Vitamin A adalah penting apabila anda hamil tetapi dalam jumlah yang betul, tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Pengambilan berlebihan boleh memudaratkan anak anda yang sedang membesar. Ketahuilah bahawa beberapa rawatan kulit yang mengandungi Vitamin A adalah dilarang untuk wanita hamil. Makanan untuk dimakan yang kaya dengan Vitamin A termasuk susu dan produk tenusu, mentega, telur (kuning khususnya), sayur-sayuran seperti bayam, salad, pasli, tomato atau lobak merah, oren dan buah-buahan berwarna kuning (aprikot, tembikai, mangga).
TIPS
Menjelang bulan keenam, anda dan pasangan disyorkan untuk pergi ke kelas antenatal untuk mula bersiap sedia menantikan kelahiran anak anda, terutamanya jika ini adalah anak pertama anda (atau jika anak pertama anda beberapa tahun yang lalu!). Anda akan belajar tentang kelahiran, dan cara melegakan kesakitan, pernafasan, dan teknik relaksasi. Lawatan ke bilik bilik bersalin, latihan untuk kecergasan semasa kehamilan, jawapan kepada soalan-soalan anda tentang penyusuan susu ibu dan banyak lagi perkara lain yang begitu berguna. Kelas antenatal adalah tempat yang ideal untuk mengenali ibu atau pasangan lain. Siapa yang lebih baik untuk berkongsi pengalaman anda?
Artikel berkaitan

Tanda-tanda Kehamilan Minggu ke Minggu: Minggu 26-40
Masanya hampir tiba! Inilah fasa di mana anda benar-benar merasakan perjalanan anda sebagai seorang ibu.
5 minit hingga baca

Minggu ke-15 kehamilan: Perkembangan dan diet
Si kecil di dalam kandungan anda terus berkembang dan minggu ini dia mula mendapatkan deria rasanya. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
2 minit hingga baca

Minggu ke-32 kehamilan: Perkembangan dan diet
Si kecil anda masih berkembang semasa anda menuju ke pusingan akhir, tetapi kebanyakannya menyempurnakan apa yang perlu. Dia bersedia untuk bertemu dengan anda!
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca

Minggu ke-10 kehamilan: Perkembangan dan diet
Anda telah pun memasuki minggu ke-10 kehamilan. Masih ada 29 minggu lagi sebelum anda dapat menatap wajah cahaya mata anda. Ketahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku pada minggu ini.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Minggu ke-27 kehamilan: Perkembangan dan diet
Buah hati kecil anda masih dalam proses perkembangan. Tetapi pada hari ini, ukurannya lebih daripada 30cm panjang, cukup besar kalau dibaringkan di lengan anda.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Soalan untuk ditanyakan pada imbasan minggu ke-12 anda
Akhirnya, tiba masanya untuk anda melakukan imbasan minggu ke-12! Imbasan kehamilan ini adalah penting.
1 minit hingga baca

Minggu ke-3 Kehamilan: Perkembangan dan pemakanan
PERKEMBANGAN MINGGU KE-3
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Minggu ke-22 kehamilan: Perkembangan dan diet
Kalaulah anda boleh melihat di dalam, anda mungkin dapat lihat betapa comelnya si manja anda menghisap ibu jarinya. Inilah cara alam semula jadi untuk persediaan menyusu setelah lahir.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Minggu ke-38 kehamilan: Perkembangan dan diet
Dua minggu lagi! Ya, memang benar, si manja anda akan membuat ‘penampilan’ pertamanya tidak lama lagi. Semuanya telah sempurna, hanya menunggu harinya saja!
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Kebimbangan semasa hamil dan penyelesaian diet
Berikut adalah senarai beberapa kebimbangan semasa hamil yang biasa serta beberapa langkah tindakan positif yang boleh anda ambil yang mungkin memba
5 minit hingga baca

Tanda-Tanda Awal Kehamilan: Minggu 1-12
Kehamilan adalah satu pengalaman yang menyeronokan (dan ada masanya memenatkan) bagi perubahan badan anda untuk menampung anak yang baru lahir sebagaimana mereka bersedia untuk menjejakkan kaki ke
3 minit hingga baca

Minggu ke-17 kehamilan: Perkembangan dan diet
Berat si manja anda kini lebih daripada 200g dan makin kelihatan lebih seperti manusia "sebenar" setiap hari. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
2 minit hingga baca

Minggu ke-33 kehamilan: Perkembangan dan diet
Enam minggu. Itulah tempoh sebelum anda dapat bertemu dengan insan kecil yang menghuni rahim anda. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya minggu ini.
3 minit hingga baca

Senaman apakah yang boleh saya lakukan dan bila?
Bersenam semasa hamil adalah penting untuk kesihatan anda dan kandungan anda.
3 minit hingga baca

Tanda Bersalin Semakin Hampir: Ketahui 6 Tanda-tanda
Bagi ibu bapa yang menjangkakan anak pertama, anda mungkin tidak pasti apa yang diharapkan apabila anda hampir bersalin. Ketahui 6 Tanda-tandanya.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca

Minggu ke-11 kehamilan: Perkembangan dan diet
Kalaulah anda boleh lihat di dalam, tentu anda akan lihat rambut halus dan bulu kening si manja mula tumbuh. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca

Minggu ke-28 kehamilan: Perkembangan dan diet
Si manja anda kini sekitar 35cm panjang dari kepala ke kaki dan beratnya kira-kira 1.3 kilo, satu pertiga daripada berat kelahirannya. Kakinya berukuran hampir 6cm - ya, memang kecil!
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca

Rancang pelan bersalin anda
Kelahiran anak kurang menakutkan jika anda bersedia dengan pelan bersalin persalinan yang mudah dalam fikiran, bagi membantu hari tersebut berjalan dengan lancar.
2 minit hingga baca

Minggu ke-6 kehamilan: Perkembangan dan diet
Pertumbuhan anak anda sememangnya luar biasa pada peringkat ini. Begitu banyak perkembangan menarik berlaku pada si kecil anda! Bacalah lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca
Aplikasi berkaitan
Kalendar Ovulasi
Tentukan bila anda berkemungkinan untuk ovulasi boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Kalendar Mingguan Kehamilan
Ketahui perubahan yang dapat anda jangkakan dalam badan, emosi, kehidupan dan Si Manja anda.