MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel

PLAYING: 19-Week pregnant: Development and Diet

Add this post to favorites

Minggu ke-19 kehamilan: Perkembangan dan diet

Berat si manja dalam kandungan anda kini antara 300 dan 400 gram – lebih kurang sama berat dengan sebiji buah mangga harum manis. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-19

Hi, bertemu lagi bakal ibu semua! Diam tak diam dah 19 minggu usia kandungan anda!

Walaupun tubuh anda berfungsi hampir secara ‘automatik’ di dalam, masih ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian secara luaran. Jika anda belum berbuat demikian, berbincanglah dengan pakar sakit puan anda pada pemeriksaan seterusnya bagaimana dan di mana anda ingin bersalin. Jika anda ingin melahirkan anak di hospital, mereka boleh mengesyorkan untuk anda. Hospital biasanya akan memberikan maklumat lengkap untuk bakal ibu bapa, supaya anda boleh mendapatkan gambaran sebenar tentang tempat tersebut. Ini boleh membantu anda membuat keputusan dengan lebih mudah!

Banyak perkembangan yang berlaku pada si manja anda. Jadi, mungkin si manja sangat aktif tak tentu masa dan boleh buat anda bangun pada waktu malam kerana dia bergerak dengan gelisah. Cuba usap perut anda perlahan-lahan dan berbual dengannya apabila dia ‘lasak’, ini boleh menenangkannya, dan mungkin anda berdua akan dapat tidur semula. Kerana si manja tidak begitu besar, dia mempunyai banyak ruang untuk menggerakkan tangan dan kakinya dan menendang. Ingat, belailah dia dengan penuh kasih sayang!

PEMAKANAN

Masa untuk memeriksa berat badan anda: Walaupun kalori tambahan dari «makanan yang sihat», ia juga boleh mengakibatkan kenaikan berat badan. Kenaikan berat badan yang terlalu banyak semasa kehamilan juga boleh menyebabkan anak menjadi terlalu besar semasa kelahiran. Ramai yang percaya, kanak-kanak yang lebih besar semasa kelahiran tidak lebih sihat daripada kanak-kanak yang dilahirkan pada berat badan yang normal dan sihat. Di samping itu, berat lahir yang tinggi berkemungkinan besar akan menyebabkan si manja menjadi terlalu berat semasa usia kanak-kanaknya. Selain membawa kepada masalah lain seperti diabetes, obesiti kanak-kanak sering membawa kepada obesiti dewasa. Bincangkan dengan pembekal penjagaan kesihatan anda tentang kenaikan berat badan anda berbanding dengan apa yang disyorkan untuk anda.

TIP

Hooray! Anda berada di pertengahan tempoh kehamilan anda. Ini adalah masa terbaik untuk ‘tabik’ pada diri anda! Lagi pun, apa yang telah anda lalui memang luar biasa. Sudah tentu, seperti semua bakal ibu, anda mempunyai banyak soalan yang belum terjawab - sebagai contoh, apa yang akan berlaku dari detik ini. Kerana itulah, pentingnya untuk anda menghadari kelas antenatal. Mengetahui apa yang sedang berlaku akan menghapuskan pelbagai ketidakpastian. Bercakap dengan bakal ibu bapa lain juga sangat membantu. Kelas antenatal juga merupakan masa terbaik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyusuan susu ibu. Dengan berfikir ke hadapan semasa kehamilan anda, anda akan membina keyakinan untuk menyusu si kecil anda bila dia lahir nanti.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.