MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel

PLAYING: 18-Week pregnant: Development and Diet

Add this post to favorites

Minggu ke-18 kehamilan: Perkembangan dan diet

Banyak perkembangan yang berlaku dalam minggu 18, dari sel-sel saraf yang makin berganda hinggalah permulaan cap jari. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-18

Hi apa khabar anda hari ini, moga semuanya berjalan lancar!

Ia agak sukar dipercayai bahawa ada insan yang menghuni rahim anda pada saat ini. Cuba bayangkan bagaimana anda berinteraksi dengan si kecil ini – Bagaimana mereka tersenyum, bagaimana rupanya, memang agak luar biasa, bukan? Anda mungkin sudah tahu jantina anak anda. Atau mungkin saja nak tunggu sehingga ia lahir. Barulah surprise! Walau apapun, jangan lupa sudah hampir masanya untuk imbasan ultrasound kedua. Kali ini, doktor anda dapat mengesahkan bahawa anak anda sedang membesar dengan sihat, dan juga sama si manja anda lelaki atau perempuan. Jangan kecewa jika beria-ria nak tahu tapi belum dapat melihatnya. Mungkin si manja anda ‘pemalu’atau pakar sakit puan anda belum dapat menentukan jantinanya.

Ketahuilah salah satu fakta yang luar biasa dalam kehamilan, menjelang minggu ini anak anda telah menghasilkan berbilion-bilion sel-sel otak! Ototnya semakin kuat, juga, dan pergerakannya lebih bersungguh-sungguh jadi jika anda belum lagi merasakan anak kecil anda ‘menari’, tunggulah tak lama lagi tu. Semuanya bergantung kepada perangai anak anda. Perkembangan lain sedang berlaku di bahagian tangannya - jarinya sudah tumbuh kuku dan cap jari mula muncul.

PEMAKANAN

Malangnya, kehamilan boleh mengganggu sistem pencernaan. Tetapi dengan diet yang kaya dengan serat, cecair, dan aktiviti sederhana boleh membantu mengatasinya. Sayur-sayuran segar atau dimasak, buah-buahan, bijirin dan kacang juga berkesan. Minum air cukup (2 liter setiap hari) untuk menghidrat dan memudahkan "pembuangan". Dan cuba mulakan hari anda dengan segelas air atau jus oren segar. Rendam prun semalaman untuk melembutkannya dan nikmati sarapan dengan yogurt. Ia boleh dianggap sebagai julap semula jadi yang selamat dan boleh membantu melancarkan fungsi usus anda. Teruskan berjalan atau aktiviti lain yang telah anda lakukan sepanjang kehamilan anda. Jika tip ini kurang berkesan kepada anda, berbincang dengan doktor anda. Apa yang penting, jangan ambil ubat yang dibeli di farmasi tanpa berunding dengan doktor anda.

TIP

Anda sering diingatkan untuk mengambil banyak makanan yang kaya dengan kalsium untuk menguatkan tulang anda dan anak di dalam kandungan anda, tetapi bagaimana dengan anda yang tidak boleh minum susu (intoleransi laktosa)? Anda hanya perlu lebih kreatif untuk mendapatkan keperluan anda dipenuhi. Ramai orang yang intoleransi laktosa masih boleh terus makan keju atau yogurt. Terdapat juga susu tanpa laktosa dan kurang laktosa yang boleh didapati di pasaran. Selain produk tenusu, sesetengah makanan mengandungi kalsium, seperti roti dan jus; periksa pakej makanan untuk memastikannya. Sayur-sayuran gelap dan berdaun (termasuk "sayur-sayuran laut" – rumpai laut) dan kacang kering juga merupakan sumber kalsium.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.