MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel

PLAYING: Food for Your First Trimester

Add this post to favorites

Pemakanan untuk Trimester Pertama Anda

Trimester pertama menandakan permulaan bagi detik indah anda sebagai seorang ibu. Apabila anda melangkah ke dunia baru ini, anda akan mula mengalami pelbagai perubahan bukan sahaja dari segi badan anda, tetapi juga keperluan pemakanan anda.

4 minit hingga baca Feb 19, 2021

Trimester pertama menandakan permulaan bagi detik indah anda sebagai seorang ibu. Apabila anda melangkah ke dunia baru ini, anda akan mula mengalami pelbagai perubahan bukan sahaja dari segi badan anda, tetapi juga keperluan pemakanan anda. Ia adalah penting untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang cukup dengan pemakanan yang seimbang demi kehamilan anda. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda mengamalkan pemakanan yang betul dalam trimester pertama anda.

Dalam trimester pertama, Si Manja mula membesar dalam kandungan. Anda akan mendapati kemunculan beberapa perubahan dalam badan anda. Anda mungkin lebih mudah dan cepat berasa penat berbanding dengan keadaan sebelum ini. Untuk memastikan anda masih bertenaga dan kekal segar sepanjang hari, cara yang baik adalah dengan tidur sekejap.

Anda juga mungkin mengidam sesetengah makanan yang biasanya berlaku antara ibu-ibu mengandung. Perubahan citarasa juga adalah normal semasa mengandung. Selagi anda mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang, anda dan kandungan anda akan memperolehi kesihatan yang baik.

Pemakanan anda dalam trimester pertama mestilah kaya dengan folat atau asid folik, iaitu sejenis vitamin B. Asid folik adalah sejenis folat buatan manusia (sintetik) yang ditambah untuk memperkaya makanan.

Folat ialah istilah generik untuk folat semula jadi yang terdapat dalam makanan dan asid folik. Semasa mengandung, anak anda memerlukan folat yang mencukupi untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural. Folat juga membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan Si Manja dalam kandungan, dan memainkan peranan dalam pembentukan sel-sel darah merah. Selain itu, folat boleh membantu ibu mencegah anemia. Anda boleh mendapatkan folat secara semula jadi dari sayur-sayuran seperti bayam, brokoli dan kekacang.

Jika anda berasa loya, anda boleh cuba makanan yang kaya dengan vitamin B6, seperti ikan, daging, ayam, bijirin yang diperkaya, sayur-sayuran berkanji dan buah-buahan bukan citrus. Anda juga memerlukan makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi membantu membina sel darah merah bagi anda dan anak anda. Ia merupakan komponen hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan anda dan juga Si Manja melalui plasenta. Zat besi juga membantu mencegah anemia semasa hamil.

Anda juga boleh cuba probiotik. Probiotik ialah kultur hidup bakteria berfaedah yang boleh memanfaatkan kesihatan badan jika diambil dalam jumlah yang mencukupi. Terdapat hampir 80% sel yang menghasilkan antibodi di dalam saluran penghadaman kita.  Probiotik membantu mengekalkan keseimbangan bakteria berfaedah dan bakteria berbahaya untuk memastikan saluran penghadaman yang sihat.

Bagi melengkapi pemakanan yang sihat, anda boleh cuba Nestlé MOM. Ia merupakan susu formula dirumus khas yang diperkaya dengan 20 vitamin dan mineral termasuk asid folik, kalsium, zat besi, serta vitamin A dan C. Nestlé MOM juga mengandungi DHA (125mg setiap 100g tepung susu) yang banyak didapati dalam otak. Selain itu, Nestlé MOM juga membekalkan protein untuk menyokong keperluan tambahan semasa kehamilan anda.

Bukan itu sahaja. Nestlé MOM mengandungi kebaikan BIFIDUS BL. BIFIDUS BL ialah bakteria berfaedah yang membantu menyokong kesihatan usus. Ambillah nutrisi yang berpatutan semasa kehamilan anda dengan Nestlé MOM ; anda boleh menikmati manfaatnya sebaik sahaja anda tahu anda hamil. Dengan 2 gelas Nestlé MOM sehari, ia membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan semasa kehamilan anda.

Ambilah masa yang diperlukan untuk mempelajari tentang kepentingan nutrisi semasa hamil. Bincanglah dengan doktor atau pakar kesihatan jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang pemakanan anda. Detik indah anda sebagai seorang ibu baru bermula,  jadi pastikan anda dapat permulaan yang baik.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.