Vegetables as part of food for the third trimester

Food for Your Third Trimester

Pemakanan Untuk Trimester Ketiga

Kehamilan
Artikel
Feb 19, 2021
3 minit

Peringkat akhir kehamilan merupakan masa yang indah kerana badan anda akan bersiap sedia untuk menyambut Si Manja ke dunia ini.

Peringkat akhir kehamilan merupakan masa yang indah kerana badan anda akan bersiap sedia untuk menyambut Si Manja ke dunia ini. Ini adalah penting untuk memastikan badan anda mendapat nutrien yang betul. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda merancang pemakanan untuk trimester ketiga.

Waktu paling gembira semasa kehamilan anda boleh menjadi waktu yang paling mencabar. Anda akan terus mengalami gejala-gejala dari trimester kedua seperti pembesaran payudara dan sakit belakang. Anda juga mungkin mula merasa kontraksi Braxton Hicks iaitu kontraksi ringan yang menyediakan badan anda untuk bersalin. Walaupun kontraksi Braxton Hicks adalah ringan, kontraksi bersalin yang sebenar akan beransur-ansur kerap dengan intensiti yang kuat. Apabila anda merasai kontraksi intensiti yang kuat, jumpalah doktor dengan segera.

Anda juga mungkin mengalami keletihan dengan segera memandangkan badan anda sedang cuba mengatasi lebih tekanan apabila tempoh bersalin semakin hampir. Anda perlu menjaga diri anda, dan peruntukkan masa untuk berehat apabila perlu. Anda juga akan melihat peningkatan dalam lelehan keputihan daripada vagina (faraj). Jika terdapat air yang terkeluar secara tiba-tiba, ini menandakan masa untuk melahirkan Si Manja sudah tiba. Hubungi doktor dengan segera apabila air ketuban anda pecah.

Pengambilan pelbagai jenis vitamin adalah baik untuk anda dan anak anda ketika merancang pemakanan trimester ketiga. Sebagai contoh, vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, perkembangan dan membaikpulih tisu kulit dan sistem imun. Sumber Vitamin A terdiri daripada susu, telur dan lobak merah. Vitamin B12 boleh membantu menghasilkan sel-sel darah merah dan menukarkan lemak dan karbohidrat dalam badan kepada tenaga. Anda boleh mendapatkannya daripada ikan, daging, telur, susu dan produk tenusu. Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi yang lebih baik daripada makanan. Vitamin C juga membantu meningkatkan imuniti badan kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan.

Anda juga harus mengambil vitamin K dalam pemakanan anda. Pengambilan vitamin K adalah penting apabila anda mencapai trimester ketiga, kerana ia memainkan peranan dalam pembekuan darah. Pendarahan yang tidak terkawal mungkin berlaku jika darah tidak dapat membeku dengan baik. Anda boleh mendapatkan vitamin K secara semula jadi daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kale dan bayam.

Asid dokosahexaenoic (DHA) juga baik untuk anda dan Si Manja. DHA banyak didapati dalam otak dan berfungsi untuk perkembangan otak dan mata. Makanan seperti ikan kembung, salmon dan tuna merupakan sumber baik untuk DHA.

Bagi melengkapi pemakanan yang sihat, anda boleh cuba Nestlé MOM. Ia merupakan susu formula yang dirumus khas dan diperkaya dengan 20 vitamin dan mineral termasuk asid folik, kalsium, zat besi, serta vitamin A dan C. Ia juga mengandungi DHA (125mg dalam setiap 100g tepung susu) yang banyak didapati dalam otak. Selain itu, Nestlé MOM juga membekalkan tenaga dan protein untuk menyokong kehamilan anda.

Bukan itu sahaja, Nestlé MOM juga mengandungi kebaikan BIFIDUS BL. BIFIDUS BL ialah bakteria berfaedah yang membantu menyokong kesihatan usus. Ambillah nutrisi yang berpatutan semasa kehamilan anda dengan Nestlé MOM ; anda boleh menikmati manfaatnya sebaik sahaja anda tahu anda hamil. Hanya 2 gelas sehari boleh membekalkan anda dengan nutrisi yang betul.

Pada peringkat ini, ia penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan anda jika anda mempunyai sebarang keraguan atau perubahan yang tidak dijangka dalam badan anda. Anda mungkin memerlukan dan menghargai sokongan yang diberikan, terutamanya daripada ahli keluarga dan pasangan anda. Bincanglah dengan mereka apabila anda berasa tertekan atau ingin meluahkan perasaan. Anda akan menyambut kelahiran anak anda tidak lama lagi, jadi nikmatilah detik indah anda sebagai seorang ibu ini.

Artikel berkaitan

View details 8 Cerita Keibubapaan Inspiratif untuk Ditonton Bersama
Artikel
8 inspiring parenthood hits to watch together

8 Cerita Keibubapaan Inspiratif untuk Ditonton Bersama

Kehamilan dan keibubapaan baru adalah proses semula jadi dalam kehidupan tetapi ia tidak selalu berlaku secara semula jadi. Ia boleh kelihatan nyata.

Shen-Li Tan

3 minit hingga baca

View details Bagaimana untuk merancang kesihatan masa depan anak anda
Artikel
How to programme your child’s future health

Bagaimana untuk merancang kesihatan masa depan anak anda

Apa yang perlu anda makan sepanjang kehamilan untuk memberikan permulaan yang terbaik buat kehidupan awal Si Manja. 

5 minit hingga baca

View details Pemakanan untuk Trimester Pertama Anda
Artikel
Food for Your First Trimester

Pemakanan untuk Trimester Pertama Anda

Trimester pertama menandakan permulaan bagi detik indah anda sebagai seorang ibu.

4 minit hingga baca

View details Pemakanan untuk Trimester Kedua Anda
Artikel
Milk as part of food for the second trimester

Pemakanan untuk Trimester Kedua Anda

Trimester kedua kadang-kala dikenali sebagai trimester paling selesa kerana ia adalah tempoh yang paling mudah bagi ibu mengandung.

3 minit hingga baca

View details Menyuburkan diri menyuburkan anak anda
Artikel
Nourishing yourself nourishes your child

Menyuburkan diri menyuburkan anak anda

Did you know? It is important that you eat a healthy diet while breastfeeding and drink plenty of water and other fluids to help with milk production.

Shen-Li Tan

2 minit hingga baca

View details Perancangan menu untuk kekal sihat
Artikel
Pre-pregnancy diet and lifestyle_05_LEARN_Feed your future family_v2

Perancangan menu untuk kekal sihat

Sederhana aktif? Sasarkan sekitar 2000 kalori sehari dan pilih hidangan daripada lima kumpulan makanan sebagai persediaan anda untuk kehamilan yang sihat.

Danial Ahmad, Author

1 minit hingga baca

View details Senarai semak tanda-tanda bersalin untuk persediaan anda!
Artikel
Am I ready to give birth? Signs of labour checklist

Senarai semak tanda-tanda bersalin untuk persediaan anda!

Anda mungkin berfikir tanda-tanda yang jelas akan kelihatan apabila tiba masanya untuk anda bersalin, tetapi hakikat sebenar ialah ia bukan seperti yang anda selalu tonton dalam drama atau filem.

Danial Ahmad, Author

1 minit hingga baca

View details Bagaimana untuk mengatasi kebimbangan trimester pertama
Artikel
How to cope with first trimester anxiety

Bagaimana untuk mengatasi kebimbangan trimester pertama

Anda berasa gelisah semasa trimester pertama? Anda tidak keseorangan, 1 dalam 10 wanita mengandung mengalami simptom ini semasa trimester pertama mereka.

2 minit hingga baca

View details Merancang senarai semak parti lampin
Artikel
Your Diaper Party Checklist

Merancang senarai semak parti lampin

Kehadiran bayi baru semestinya menjadi penyebab untuk menganjurkan sebuah parti.

2 minit hingga baca

View details Bagaimana untuk bersedia dari segi emosi bagi keibubapaan sebelum menjadi ibu
Artikel
How to emotionally prepare for parenthood

Bagaimana untuk bersedia dari segi emosi bagi keibubapaan sebelum menjadi ibu

Berita baik! Anda menantikan anak pertama anda. Tetapi apa yang boleh anda lakukan untuk mempersiapkan emosi bagi keibubapaan?

3 minit hingga baca

View details Terokai Keindahan Perjalanan Kehamilan
Artikel
Discover the beautiful journey of pregnancy

Terokai Keindahan Perjalanan Kehamilan

Ketahui bagaimana bayi anda membesar minggu demi minggu semasa mengandung. Langgani saluran YouTube Nestlé Start Well Stay Well sekarang!

Danial Ahmad, Author

1 minit hingga baca

View details Minggu ke-8 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
8 -Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-8 kehamilan: Perkembangan dan diet

Bersaiz seperti telur puyuh, si manja anda kini berukuran kira-kira 30mm panjang. Ketahui lebih lanjut tentangnya minggu ini.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-24 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
24-Weeks Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-24 kehamilan: Perkembangan dan diet

Anda boleh rasa si manja anda bertindak balas terhadap bunyi bising dan anda dah membelainya? Kebanyakan wanita mengadu ini berlaku menjelang akhir trimester kedua.

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-40 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
40-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-40 kehamilan: Perkembangan dan diet

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba! Tapi jika yang anda nantikan belum lagi muncul, tunggulah dalam beberapa hari lagi. Akhirnya anda kini bergelar ibu!

2 minit hingga baca

View details Senarai semak untuk pemulihan selepas pembedahan caesarean
Artikel
167289239_xl

Senarai semak untuk pemulihan selepas pembedahan caesarean

Seperti mana-mana pembedahan, pemulihan pembedahan caesarean juga mengambil masa.

2 minit hingga baca

View details Kehamilan: Titik Permulaan untuk Menyayangi dan Melindungi sebagai Seorang Ibu
Artikel
the start of lovin

Kehamilan: Titik Permulaan untuk Menyayangi dan Melindungi sebagai Seorang Ibu

Sebaik sahaja anda tahu anda hamil, naluri ibu anda berputik. Pada masa inilah perjalanan anda sebagai seorang ibu bermula.

Danial Ahmad, Author

4 minit hingga baca

View details Minggu ke-19 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
19-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-19 kehamilan: Perkembangan dan diet

Berat si manja dalam kandungan anda kini antara 300 dan 400 gram – lebih kurang sama berat dengan sebiji buah mangga harum manis. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit hingga baca

View details Minggu ke-35 kehamilan: Perkembangan dan diet
Artikel
35-Week Pregnant: Development and Diet

Minggu ke-35 kehamilan: Perkembangan dan diet

Dalam tempoh lebih kurang sebulan, anda akan dianugerahkan dengan cahaya mata yang membawa sinar bahagia dalam hidup anda.

Danial Ahmad, Author

3 minit hingga baca

View details 5 cara untuk mengurangkan peluang anak anda mengalami alahan
Artikel
How to programme your child’s future health

5 cara untuk mengurangkan peluang anak anda mengalami alahan

Sejarah keluarga bukanlah punca segalanya – diet dan gaya hidup anda semasa hamil boleh mempengaruhi risiko anak anda mengalami alahan

Shen-Li Tan

5 minit hingga baca

Sertai

  Sertai

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

icon paper

Hanya Untuk Anda

Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

icon faq

Tip & Nasihat

Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

icon box

Sampel percuma

Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

icon calendar

Aplikasi

Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.