MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel

PLAYING: 29-Week pregnant: Development and diet

Add this post to favorites

Minggu ke-29 kehamilan: Perkembangan dan diet

Anda semakin hampir ke garisan penamat - anda akan melahirkan anak kira-kira sepuluh minggu daripada sekarang! Si manja anda masih berkembang dengan pantas, malah matanya terbuka luas sekarang. Baca lebih lanjut mengenainya.

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-29

Salam ceria untuk semua bakal ibu!

Tendangan dan degupan jantung adalah isyarat akan kehadiran anak anak. Dia juga menunjukkannya kehadirannya dengan menekan paru-paru anda dan mungkin membuat kaki dan tangan anda membengkak. Mungkin kasut kegemaran anda tidak sesuai sekarang atau cincin yang anda pakai tidak muat lagi. Itulah kesannya bila tubuh anda menyimpan banyak air. Kerana terdapat banyak lagi cecair yang beredar di dalam tubuh anda, ia mungkin akhirnya terkumpul di tangan dan kaki anda. Kesannya lebih ketara bila anda banyak berdiri sepanjang hari. Biasanya bengkak akan hilang dalam tempoh semalaman. Jika bengkak kekal atau meningkat secara tiba-tiba, maklumkan doktor anda supaya kemungkinan pra-eklampsia boleh dielakkan.

Anak anda mengambil lebih banyak ruang dalam perut anda dan mungkin tidak dapat banyak bergerak kerana ruang yang terhad. Matanya boleh terbuka luas, dan dia sudah mempunyai bulu mata! Semasa kelahiran, dia akan mempunyai penglihatan yang tidak sempurna tetapi masih boleh melihat dengan cukup baik muka anda dan melihat objek yang diletakkan 20-25cm dari matanya.

PEMAKANAN

Semasa trimester terakhir, keperluan kalori anda meningkat sebanyak kira-kira 450 dari apa yang anda makan sebelum anda hamil.

TIP

Aktiviti fizikal yang sederhana, seperti apa yang telah anda lakukan sepanjang kehamilan anda mungkin memerlukan beberapa perubahan, tetapi wanita sihat yang hamil digalakkan untuk kekal aktif semasa trimester terakhir mereka.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.