MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel
Add this post to favorites

Minggu ke-15 kehamilan: Perkembangan dan diet

Si kecil di dalam kandungan anda terus berkembang dan minggu ini dia mula mendapatkan deria rasanya. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit hingga baca By Danial Ahmad , Author Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-15

Salam sejahtera semua bakal ibu, semoga sihat selalu!

Anda berada di minggu ke-17 amenorea (haid terhenti) yang bermaksud telah masuk minggu ke-15 kehamilan anda. Si manja anda akan lahir dalam masa kira-kira 24 minggu lagi. Anda mungkin gembira, teruja dan bertenaga dengan kehamilan ini. Tapi, kadang-kadang anda mungkin berasa agak terharu. Kedua-dua senario ini sebenarnya normal. Jika anda merasa sedikit murung atau stres, berbincanglah dengan doktor anda mengenainya. Beliau mungkin mempunyai beberapa penyelesaian yang boleh membantu anda untuk mengatasinya./p>

Jom kita tengok perkembangan si manja anda pula - rongga dadanya (toraks) naik dan turun. Pergerakan yang tidak teratur buat masa ini. Ia mungkin melalui proses ini apabila sistem deria pembauannya (olfaktori) mula "menghidu" persekitaran anda, didorong oleh molekul aromatik dalam cecair amnion. Walau bagaimanapun, si manja anda tidak akan mengenali bau sehingga bulan ketujuh, apabila sistem sarafnya cukup matang.

PEMAKANAN

Rasa macam tak lawas'? Sebenarnya ada makanan yang anda boleh makan untuk melegakan masalah sembelit anda. Sembelit adalah masalah biasa semasa hamil. Untuk mengatasinya, anda dinasihatkan untuk minum banyak air dan makan makanan yang kaya serat, seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran, roti bijirin penuh, bijirin dan kacang. Jika masalah ini berterusan, cuba ambil semangkuk kecil bijirin bran semasa sarapan anda setiap hari. Jika anda masih tidak dapat mengatasinya, dapatkan nasihat daripada doktor anda.

TIP

Aktiviti fizikal yang sederhana semasa kehamilan disyorkan untuk wanita yang sihat, ia boleh membantu mengawal berat badan dan mengurangkan masalah sembelit.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.