Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
3 Tips to Reduce Stress for Mothers

3 Tip Untuk Mengurangkan Tekanan untuk Ibu

 

Pengalaman seorang ibu semestinya penuh dengan saat indah biarpun mencabar. Walaupun ia mengujakan meniti hari menjadi seorang ibu, adakala juga anda mungkin berasa letih dan kurang sihat.

Pengalaman seorang ibu semestinya penuh dengan saat indah biarpun mencabar. Walaupun ia mengujakan meniti hari menjadi seorang ibu, adakala juga anda mungkin berasa letih dan kurang sihat. Pada masa-masa sebegini, minda yang positif dapat dikurangkan tekanan. Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda menangani tekanan semasa mengandung.

Nikmati Setiap Saat Kehidupan
Dalam pengalaman seorang ibu, perubahan dan perkara-perkara yang tidak diduga sering berlaku. Perubahan yang akan anda alami semasa mengandung adalah perkara biasa. Terimalah dengan hati yang sabar dan belajarlah bagaimana anda boleh menanganinya. Nikmatilah masa kehamilan anda, walaupun ada seketika detik masa yang mencabar, kerana Si Manja yang membesar dalam kandungan anda adalah anugerah yang ajaib. Jangan biarkan sesiapa atau apa-apa menghancur keajaiban pengalaman kehamilan anda.

Terdapat orang lain yang mempunyai pengalaman seperti anda
Terdapat ramai ibu yang juga mengalami apa yang anda mengalami sekarang. Walaupun secara dalam talian atau bersemuka, kenalilah mereka dan berkongsi perasaan anda dengan mereka. Anda tidak akan merasa keseorangan dengan masalah anda apabila anda tahu bahawa ramai ibu juga menghadapi isu-isu dan cabaran yang sama seperti anda semasa mengandung.

Luangkan masa untuk diri sendiri
Jika perlu, ambilah sejam atau dua untuk diri sendiri. Anda boleh menonton filem atau sebagainya keseorangan. Luangkan masa untuk diri sendiri dari kesibukan untuk menjalankan perancangan sambutan Si Manja anda dan juga kehendak lain dalam rumahtangga dan tempat kerja. Jangan rasa bersalah kerana anda mengambil masa untuk diri sendiri. Anda perlu menjaga diri sendiri terlebih dahulu sebelum anda berupaya menjaga perkara-perkara lain. Meluangkan masa untuk diri sendiri boleh dianggap sebagai masa untuk menyegarkan diri sendiri.

Anda perlu mengelak tabiat pemakanan yang tidak baik apabila anda mengharungi tekanan. Jika anda mengamalkan pemakanan yang tidak sihat semasa mengandung, ia akan meningkatkan risiko kenaikan berat badan serta jangkitan penyakit lain. Tariklah nafas yang panjang apabila berasa tertekan, dan alihkan perhatian anda kepada perkara-perkara yang mengembirakan.

Jika anda ingin melengkapi pemakanan anda dengan nutrisi yang baik, cubalah susu formula MOM & ME® yang diperkaya dengan nutrien yang dirumus khas untuk ibu yang mengandung dan menyusu. Dengan dua hidangan/gelas sehari, anda akan mendapat 87.6mg DHA. DHA banyak didapati dalam otak. Ia juga penuh dengan 20 vitamin dan mineral serta probiotik BIFIDUS BL, iaitu 2 jenis bakteria berfaedah untuk anda dan Si Manja semasa mengandung dan penyusuan anak. Dengan 2 gelas MOM & ME® sehari, anda boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan semasa kehamilan anda.

Tiada sesiapa yang boleh menjanjikan kehidupan anda tiada tekanan langsung. Jika anda berasa tertekan, ia adalah penting untuk meluahkan perasaan anda kepada seseorang yang dipercayai seperti pasangan anda atau ahli keluarga anda. Anda pasti akan berasa lebih senang dan ceria apabila perasaan anda diluahkan.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.