Feed icon
Artikel

Minggu ke-36 kehamilan: Perkembangan dan diet

Mulai sekarang sehingga detik kelahirannya, si manja anda akan terus berkembang. Dia kini sudah berukuran 45cm panjang dan beratnya kira-kira 2.9kg! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-36

Salam sejahtera semua bakal ibu. Semoga terus sihat dalam menuju ke ‘garisan penamat’!

Dengan perut anda yang semakin menonjol, tentunya sukar untuk anda membongkok ketika memakai kasut. Jadi, pakailah kasut yang mudah disarung atau dibuka. Malah tugas mudah pun boleh memenatkan apabila perut semakin besar. Mungkin ibu bapa atau saudara-mara boleh membantu sedikit kerja rumah anda, membeli barangan keperluan atau memasak sekali-sekala. Jika anda berasa letih, mintalah bantuan dan sokongan daripada orang di sekeliling anda. Mereka pun faham dengan keadaan anda!

Si manja anda mendapat nutrisi daripada anda, melalui tali pusatnya. Selepas dilahirkan, dia akan mendapat nutrisi daripada penyusuan susu ibu, khususnya kolostrum, susu ibu awal sudah dihasilkan oleh payudara anda. Begitu juga, semasa kelahiran uri tidak lagi ‘bertindak sebagai paru-paru.’ Cecair amnion yang berada di saluran penafasannya akan ditolak keluar dari hidung dan mulutnya dengan tekanan pada dadanya melalui saluran kelahiran, dan segala-galanya berlaku dengan cara yang sepatutnya ketika dia menarik nafas pertamanya.

PEMAKANAN

Walaupun kebanyakan wanita yang hamil lebih berselera untuk makan daripada sebelum mereka hamil, tetapi jika anda berasa terlalu letih untuk makan, atau tiba-tiba kurang berselera, cuba makan sedikit makanan atau snek yang sihat sepanjang hari. Pastikan anda kekal terhidrat dengan minum kira-kira 8 gelas air setiap hari. Teruskan dengan sebarang suplemen pranatal yang diarahkan oleh doktor anda, tetapi elakkan daripada mengambil penggalak tenaga yang dibeli di kaunter atau minuman gantian makanan yang bukan untuk wanita hamil melainkan dinasihatkan oleh doktor anda. Wanita yang memulakan kehamilan dengan kurang berat badan disyorkan untuk meningkatkan berat badan. Jika anda menghadapi masalah kurang selera makan, dapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan anda.

TIPS

Anda sudah ada nama untuk si manja yang bakal lahir? Menamakan si manja anda mungkin sesuatu yang menarik. Berbincanglah dengan pasangan anda dalam menamakan si manja anda. Jika anda beragama Islam, rujuklah buku-buku yang menyenaraikan nama yang baik maksudnya dalam agama Islam. Anda juga boleh memikirkan nama keturunan anda atau pasangan anda. Ramai pasangan hari ini yang menamakan si manja mereka dengan nama klasik dan kontemporari. Apa yang penting nama yang anda berikan kepada si manja membawa maksud yang baik dan ‘sedap’ bila dipanggil!

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.