Feed icon
Artikel

Minggu ke-32 kehamilan: Perkembangan dan diet

Si kecil anda masih berkembang semasa anda menuju ke pusingan akhir, tetapi kebanyakannya menyempurnakan apa yang perlu. Dia bersedia untuk bertemu dengan anda!

2 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-32

Apa khabar semua bakal ibu? Diharapkan anda sentiasa sihat dan ceria!

Adakah sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan sejak kebelakangan ini? Sekali lagi, hormon anda menjadi penyebabnya. Bantu usus anda berfungsi dengan lebih baik dan tingkatkan kesihatan anda dengan makan buah kering, kacang, bijirin penuh, dan makanan lain yang kaya dengan serat. Mulai sekarang mungkin anda perlu menjalani pemeriksaan antenatal setiap dua minggu sekali. Ini membantu memastikan anda dan si manja anda berada di dalam keadaan baik.

Tulang si manja anda hampir 100% sempurna dan kuku telah pun ada di jari kecilnya. Tidak lama warna kemerahan kulitnya akan hilang dan menjadi merah jambu yang cantik. Kelenjar adrenal (kelenjar yang terdapat di bahagian atas buah pinggang) adalah besar buat masa ini. Ia berfungsi merembeskan hormon seperti steroid, termasuk kortisol, (kortison semulajadi). Kortisol memainkan peranan penting - bukan sahaja untuk membantu melancarkan kelahiran apabila tiba masanya, tetapi juga untuk membantu organ-organ matang seperti paru-paru. Selepas kelahiran, kelenjar adrenal akan berkurangan secara mendadak dan berkadar dengan saiz anak anda.

PEMAKANAN

Kulit halus anak anda akan diuji semasa dan selepas kelahiran kerana ia tidak lagi dilindungi oleh cecair amnion. Apabila anda menyusukan si manja anda, dia akan mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kulitnya daripada anda. Melainkan anda mempunyai alahan makanan, tidak perlulah mengelakkan makanan yang anda fikir mungkin menyebabkan alahan, seperti ekzema kepada anak anda.

TIPS

Sedang fikirkan apa yang perlu dibawa ke hospital untuk bersalin nanti? Jangan lupa untuk memasukkan nota bertulis mengenai penyusuan susu ibu. Dengan menyatakan hasrat anda untuk penyusuan susu ibu anda akan membantu kakitangan hospital memahami keinginan anda dan menawarkan sokongan yang anda perlukan.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.