Feed icon
Artikel

Minggu ke-26 kehamilan: Perkembangan dan diet

Sudah tiba masanya untuk ucapkan ‘sayonara’ kepada minggu terakhir trimester kedua anda. Si manja anda akan membuka matanya buat kali pertama pada ketika ini! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-26

Hi, bertemu lagi dalam kalendar kehamilan minggu demi minggu kami.

Hari dah malam, mata mengantuk dan anda ingin tidur. Tapi yang ‘di dalam’ macam tak puas bergerak lagi. Apabila perut anda semakin besar, tentunya lebih sukar untuk mencari kedudukan yang selesa untuk tidur. Anda mungkin tidak boleh tidur secara telentang lagi. Kedudukan yang paling mudah untuk berbaring untuk beberapa minggu akan datang mungkin secara mengiring. Letakkan kusyen antara lutut anda untuk menjadikannya lebih selesa, cuba berehat dan lelapkan mata.

Saiz kepala anak anda kini lebih kurang sebesar sebiji oren dan beratnya sekitar 1000g. Tubuhnya semakin ‘tembam’ kerana pengumpulan lemak secara beransur-ansur di bawah kulitnya untuk memberinya simpanan semasa kelahiran. Rambut dan kukunya tumbuh dengan baik, di bawah gusinya, gigi susu pada masa depannya hampir ditutup dengan enamel. Apa yang menariknya, dia mula benar-benar bertindak balas terhadap bunyi yang kuat.

PEMAKANAN

Jika anda mengalami refluks dan pedih ulu hati pada waktu malam, cuba tinggikan kepala anda sedikit dengan menambah bantal. Cuba ambil makan malam yang ringan. Beri perhatian kepada lemak, ia boleh memperlahankan penghadaman dan mendatangkan masalah pencernaan anda, yang boleh menganggu tidur anda. Jika makan malam anda terlalu ringan dan anda berasa lapar, ambillah makanan ringan sebelum waktu tidur. Makan makanan ringan di atas katil? Jangan teragak-agak untuk mengambilnya jika anda benar-benar lapar pada waktu malam.

TIP

Bila perut anda makin besar, semuanya rasa ketat. Si manja anda di dalam perut anda juga begitu. Keseronokan anak anda mandi ‘kolam’ cecair amnion akan berakhir tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, jika anda bimbang tentang pergerakan anak anda yang berkurangan, jumpa dengan doktor anda dengan segera untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan baik.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.