Feed icon
Artikel

Minggu ke-20 kehamilan: Perkembangan dan diet

Banyak perkembangan yang berlaku di kandungan minggu yang mungkin buat anda rasa ingin tidur sejenak selepas membacanya! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-20

Dah mula rasa si manja bergerak? Inilah satu momen yang indah dalam kehamilan anda! Untuk merasai lebih keseronokannya, berbaring atau duduk dan berehat. Kemudian anda akan dapat merasakan gegaran yang paling terasa. Kebanyakan anak di dalam kandungan akan bergerak aktif antara pukul 8 malam hingga 11 malam.

Tetapi kalau anda masih belum dapat merasainya, bersabarlah sedikit. Pada mulanya, anda mungkin akan merasa tidak lebih daripada sentakan atau gegaran lembut. Tendangan pada perut menjadi lebih ketara dari minggu ke-25 dan seterusnya. Bersedialah, pada minggu-minggu ini bapa juga boleh ‘merasai’ detik hebat ini.

Perkembangan si manja anda semakin pantas, terutamanya perkembangan otak. Tubuhnya telah membesar yang menjadikan kepalanya kelihatan kurang besar sekarang. Jika anak anda seorang perempuan, ovarinya dilengkapi dengan sel primitif yang mencukupi untuk menghasilkan 7 juta telur! Tetapi dari peringkat perkembangan ini, jumlah itu akan mula berkurangan kepada sekitar 2 juta semasa kelahiran. Pada minggu ini, anda sebenarnya boleh melihat kening dan rambut yang terdapat di kepalanya.

PEMAKANAN

Anda mungkin telah tahu tentang kepentingan fluorida kepada gigi anda dan si manja anda. Sesetengah negara telah memilih untuk memfluoridakan bekalan air untuk membantu mencegah kaviti. Secara umum, minum air berfluorida akan memenuhi keperluan semasa mengandung. Oleh kerana pengambilan terlalu banyak fluorida boleh memberi kesan kepada kesihatan, sentiasa dapatkan nasihat daripada pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan. Flouride terdapat di dalam air mineral, dan juga makanan laut seperti kerang, ketam atau udang serta anggur, kismis, dan kentang.

TIP

Anda ada pelihara kucing di rumah? Kucing selalunya dikaitkan dengan keburukan bagi wanita hamil. Bolehkah kucing menularkan penyakit yang berpotensi berbahaya - tosokplasmosis (penyakit bawaan kucing) kepada anak di dalam kandungan? Walaupun tidak perlu menghantar haiwan kesayangan anda ke tempat lain sehingga si manja dilahirkan, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya jika kucing anda masih kecil. Najis kucing sememangnya boleh menularkan toksoplasmosis. Ia agak biasa dan kebanyakan wanita menjadi pembawa tanpa disedari. Ia sangat berbahaya kepada anak di dalam kandungan anda dan boleh membawa maut. Untuk mengelakkan risiko, serahkan kerja membersih najis kucing anda kepada orang lain dan basuh tangan dengan kerap selepas menyentuh kucing anda.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.