Feed icon
Artikel

Minggu ke-17 kehamilan: Perkembangan dan diet

Berat si manja anda kini lebih daripada 200g dan makin kelihatan lebih seperti manusia "sebenar" setiap hari. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-17

Hai selamat bertemu lagi! Apa yang anda minum hari ini?

Ada yang kata banyakkan minum soya, nanti anak lahir putih atau jangan minum kopi, nanti anak jadi hitam. Sebenarnya, warna makanan atau minuman tidak akan mempengaruhi warna kulit anak di dalam kandungan. Ini kerana sistem penghadaman dalam badan tidak bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan ke dalam sistem penghadaman. Bagi sesetengah wanita, pada masa ini perut anda dah mula ‘nampak’. Jika anda sangat kurus, atau telah melahirkan anak sebelum ini, kenalah tengok betul-betul baru nampak. Tetapi ini masanya seluar atau skirt sukar untuk dikenakan.

Bagi si manja, banyak yang berlaku pada minggu ini. Kulitnya masih sangat nipis dan agak telus, dengan saluran darah kecil kelihatan melaluinya. Usus anak anda terus berkembang dan kini berada secara kekal di bahagian perutnya. Syukurlah, semuanya berjalan dengan sebaiknya!

PEMAKANAN

Keinginan anda terhadap gula semasa hamil memerlukan sedikit kreativiti daripada yang kebiasaannya, terutamanya jika ianya memuncak. Tidak salah makan pencuci mulut, selagi anda tidak berlebihan. Untuk memenuhi ‘nasfu’ manis anda sambil memenuhi keperluan pemakanan anda, pilih buah-buahan segar, pencuci mulut yang dibuat dengan susu, yogurt biasa, dan buah-buahan kering. Apa yang penting, kesederhanaan. Daripada mengambil ais krim, lebih baik menikmati yogurt dengan gula yang lebih rendah.

TIP

Pemanis tiruan juga dikenali sebagai 'pemanis tidak berkhasiat', 'pengganti gula', atau 'pemanis sifar kalori', biasanya termasuk aspartam, sukralosa, asesulfam-K, sakarin, dan alkohol gula (contohnya xilitol). Walaupun semakin ramai wanita hamil di seluruh dunia mengambil pemanis tiruan, kesan kesihatan jangka panjang mereka telah dipersoalkan. Sesetengah pihak berkuasa pemakanan menunjukkan bahawa dalam had pengambilan yang boleh diterima, jenis pemanis ini selamat untuk wanita dan anak di dalam kandungan mereka. Bukti lain menunjukkan bahawa pendedahan kehidupan awal kepada pemanis tiruan boleh menjejaskan komposisi tubuh dan kesihatan kardio-metabolik. Oleh itu, untuk cadangan terkini, periksa dengan pembekal penjagaan kesihatan anda jika anda ingin mengambil produk-produk ini dalam diet anda.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.