Feed icon
Artikel

Soalan untuk ditanyakan pada imbasan minggu ke-12 anda

Akhirnya, tiba masanya untuk anda melakukan imbasan minggu ke-12! Imbasan kehamilan ini adalah penting. Ia juga boleh menjadi sangat emosi, jadi berikut adalah senarai soalan yang boleh membantu anda bersedia. Anda mungkin akan terlupa apabila berada di hadapan monitor.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Sep 13, 2021

Senarai

  1. Tanyakan mengenai jenis pakaian yang perlu dipakai semasa imbasan. Jika ini adalah kali pertama anda, sila dapatkan penjelasan yang secukupnya bagi memudahkan anda.
     
  2. Elakkan memakai ‘playsuit’ atau ‘jumpsuit’ pada hari imbasan kerana ia mungkin tidak sesuai dan agak mendedahkan.
     
  3. Dapatkan penjelasan mengenai tujuan imbasan minggu ke-12 jika ianya belum dijelaskan kepada anda.
     
  4. Tanya sama ada perkembangan kandungan anda adalah normal.
     
  5. Tanya dahulu sama ada anda akan diberikan cetakan imej imbasan untuk disimpan, sebelum mereka memulakan sesi imbasan - setiap hospital mungkin mempunyai dasar atau polisi yang berbeza.
     
  6. Tanya sonographer samada mereka boleh merakam audio degupan jantung ke dalam telefon anda.
     
  7. Tanya sama ada degupan jantung janin kandungan anda kedengaran normal.
     
  8. Tanya tentang ketepatan degupan jantung kandungan di dalam aplikasi telefon mudalih.
     
  9. Tanya bilakah imbasan yang seterusnya dan apa yang boleh anda jangkakan pada imbasan tersebut. Sila rujuk kepada senarai semak soalan ujian antenatal anda untuk mengetahui lebih banyak perkara yang perlu ditanya.
Join
Logo white

Here’s where you’ll find everything you need to make the best of those first 1,000 days of parenthood… TOGETHER.

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Not quite what you're looking for?

Try out our new smart search engine