Feed icon
Artikel

Pemakanan Untuk Trimester Ketiga

Peringkat akhir kehamilan merupakan masa yang indah kerana badan anda akan bersiap sedia untuk menyambut Si Manja ke dunia ini.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Peringkat akhir kehamilan merupakan masa yang indah kerana badan anda akan bersiap sedia untuk menyambut Si Manja ke dunia ini. Ini adalah penting untuk memastikan badan anda mendapat nutrien yang betul. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda merancang pemakanan untuk trimester ketiga.

Waktu paling gembira semasa kehamilan anda boleh menjadi waktu yang paling mencabar. Anda akan terus mengalami gejala-gejala dari trimester kedua seperti pembesaran payudara dan sakit belakang. Anda juga mungkin mula merasa kontraksi Braxton Hicks iaitu kontraksi ringan yang menyediakan badan anda untuk bersalin. Walaupun kontraksi Braxton Hicks adalah ringan, kontraksi bersalin yang sebenar akan beransur-ansur kerap dengan intensiti yang kuat. Apabila anda merasai kontraksi intensiti yang kuat, jumpalah doktor dengan segera.

Anda juga mungkin mengalami keletihan dengan segera memandangkan badan anda sedang cuba mengatasi lebih tekanan apabila tempoh bersalin semakin hampir. Anda perlu menjaga diri anda, dan peruntukkan masa untuk berehat apabila perlu. Anda juga akan melihat peningkatan dalam lelehan keputihan daripada vagina (faraj). Jika terdapat air yang terkeluar secara tiba-tiba, ini menandakan masa untuk melahirkan Si Manja sudah tiba. Hubungi doktor dengan segera apabila air ketuban anda pecah.

Pengambilan pelbagai jenis vitamin adalah baik untuk anda dan anak anda ketika merancang pemakanan trimester ketiga. Sebagai contoh, vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, perkembangan dan membaikpulih tisu kulit dan sistem imun. Sumber Vitamin A terdiri daripada susu, telur dan lobak merah. Vitamin B12 boleh membantu menghasilkan sel-sel darah merah dan menukarkan lemak dan karbohidrat dalam badan kepada tenaga. Anda boleh mendapatkannya daripada ikan, daging, telur, susu dan produk tenusu. Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi yang lebih baik daripada makanan. Vitamin C juga membantu meningkatkan imuniti badan kerana ia mempunyai ciri-ciri antioksidan.

Anda juga harus mengambil vitamin K dalam pemakanan anda. Pengambilan vitamin K adalah penting apabila anda mencapai trimester ketiga, kerana ia memainkan peranan dalam pembekuan darah. Pendarahan yang tidak terkawal mungkin berlaku jika darah tidak dapat membeku dengan baik. Anda boleh mendapatkan vitamin K secara semula jadi daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kale dan bayam.

Asid dokosahexaenoic (DHA) juga baik untuk anda dan Si Manja. DHA banyak didapati dalam otak dan berfungsi untuk perkembangan otak dan mata. Makanan seperti ikan kembung, salmon dan tuna merupakan sumber baik untuk DHA.

Bagi melengkapi pemakanan yang sihat, anda boleh cuba MOM & ME®. Ia merupakan susu formula yang dirumus khas dan diperkaya dengan 20 vitamin dan mineral termasuk asid folik, kalsium, zat besi, serta vitamin A dan C. Ia juga mengandungi DHA (125mg dalam setiap 100g tepung susu) yang banyak didapati dalam otak. Selain itu, MOM & ME® juga membekalkan tenaga dan protein untuk menyokong kehamilan anda.

Bukan itu sahaja, MOM & ME® juga mengandungi kebaikan BIFIDUS BL. BIFIDUS BL ialah bakteria berfaedah yang membantu menyokong kesihatan usus. Ambillah nutrisi yang berpatutan semasa kehamilan anda dengan MOM & ME®; anda boleh menikmati manfaatnya sebaik sahaja anda tahu anda hamil. Hanya 2 gelas sehari boleh membekalkan anda dengan nutrisi yang betul.

Pada peringkat ini, ia penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan anda jika anda mempunyai sebarang keraguan atau perubahan yang tidak dijangka dalam badan anda. Anda mungkin memerlukan dan menghargai sokongan yang diberikan, terutamanya daripada ahli keluarga dan pasangan anda. Bincanglah dengan mereka apabila anda berasa tertekan atau ingin meluahkan perasaan. Anda akan menyambut kelahiran anak anda tidak lama lagi, jadi nikmatilah detik indah anda sebagai seorang ibu ini.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.