Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Common Childhood Allergies in Malaysia

Alergi Biasa Kanak-kanak di Malaysia

 

Adakah Si Manja anda mengalami alergi kanak-kanak? Reaksi alergi berlaku apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap alergen yang biasanya tidak merbahaya terhadap orang lain.

Adakah Si Manja anda mengalami alergi kanak-kanak? Reaksi alergi berlaku apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap alergen yang biasanya tidak merbahaya terhadap orang lain. Oleh kerana sistem imun menganggap alergen tersebut sebagai ‘ancaman’, ia mengeluarkan antibodi untuk melawan pencerobohan tersebut. Reaksi inilah yang menyebabkan berlakunya tanda-tanda alergi seperti kegatalan, ruam alergi, cirit-birit dan muntah.

Alergen yang menyebabkan alergi kanak-kanak berpunca daripada pelbagai sumber. Antaranya termasuklah bunga di taman atau makanan harian. Oleh sebab itulah Si Manja mungkin mengalami alergi makanan seperti di bawah.

1.    Alergi Susu
Suatu alergi kanak-kanak yang biasa berlaku. Alergi susu berlaku apabila sistem imun Si Manja mengenalpasti protein susu tertentu sebagai sesuatu yang merbahaya, dan mula mengeluarkan antibodi imunoglobulin E (IgE) untuk meneutralkan protein (alergen) tersebut. Dua protein utama yang telah dikenal pasti sebagai alergen dalam susu adalah kasein dan wei.

2.    Alergi makanan lain
Tinak balas alergi juga boleh dicetuskan oleh beberapa makanan utama yang lain. Sebagai contoh: telur, kacang tanah, gandum, soya, kekacang, ikan dan makanan laut bercengkerang. Alergi makanan boleh mencetuskan tanda serta-merta seperti bengkak atau sukar bernafas, atau tanda yang berlanjutan seperti masalah gastrousus.

3.    Habuk
Hama habuk boleh menyebabkan berlakunya serangan asma. Hama ini biasanya berkumpul di kawasan yang mempunyai banyak kain seperti di bilik tidur, pada kusyen dan sofa, permainan lembut dan bantal.

4.    Demam alergi
Demam alergi bukanlah demam biasa tetapi keradangan alergi apabila seseorang kanak-kanak terhidu alergen seperti debunga, habuk atau bulu haiwan. Ia boleh menyebabkan hidung tersumbat dan terganggu, atau mewujudkan tanda seperti selesema atau batuk pada diri Si Manja.

Alegi kanak-kanak adalah satu penyakit yang muncul dalam pelbagai bentuk, seperti ekzema atopik (atau dermatitis atopik), rinitis alergi, asma serta alergi makanan. Kanak-kanak Malaysia biasanya mengalami alergi awal ekzema dan ia sering dikaitkan dengan alergi makanan di mana hampir 5-10% kanak-kanak mengalaminya.

Walaupun ekzema atopik dan alergi makanan biasanya beransur hilang sebelum kanak-kanak melangkah ke alam persekolahan, alergi lain seperti asma dan rinitis alergi pula mungkin timbul. Peralihan ini dinamakan pergerakan alergi. Sungguhpun tanda alergi mungkin tidak lagi kelihatan, masalah alergi boleh berlarutan hingga ke dewasa.

Ibu bapa, jangan lupa untuk memerhatikan sama ada Si Manja mempunyai alergi kanak-kanak tertentu. Keprihatinan anda boleh membantu untuk mengenalpasti rawatan yang tepat kepada Si Manja. Anda boleh minta pakar kesihatan anda melakukan ujian alergi terhadap Si Manja. Apabila anda telah mengenalpasti pencetus alergi tersebut, anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat untuk Si Manja seperi mengubah pemakanan atau persekitaran yang menjadi alegen kepada Si Manja.

Dr Amir Hamzah Abdul Latiff,
Pakar Perunding Kanak-kanak & Imunologi Klinikal Allergist; http://ww2.nestle.com.my/swsw/faq/allergy_prevention/question_d4.htm  

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.