
Apa yang perlu dipertimbangkan apabila memilih taska
Checklist
- Pertimbangkan lokasi taska anak anda. Manakah yang lebih mudah, berhampiran rumah atau tempat kerja anda?
- Pertimbangkan masa yang diperlukan untuk sampai ke lokasi taska dan perjalanan balik.
- Dapatkan pandangan ibu bapa lain di kawasan anda untuk mengetahui pengalaman mereka.
- Baca peraturan undang-undang untuk melihat sama ada taska yang dipilih memenuhi piawaian dan keperluan anda, serta layari media sosial untuk melihat komen ibu bapa yang lain.
- Buat senarai pendek taska yang dicari dan cuba lihat seberapa banyak yang mungkin.
- Jika boleh, pertimbangkan untuk membawa bersama anak anda ketika melawat taska tersebut.
- Perhatikan bagaimana anda dan anak anda dilayan di taska tersebut.
- Lihat reaksi anak anda dengan kakitangan, persekitaran dan kanak-kanak lain di taska tersebut.
- Lihat jika kanak-kanak lain kelihatan ceria dan gembira.
- Lihat juga kegiatan kakitangan di situ samada memberikan perhatian penuh kepada kanak-kanak dan antara satu sama lain.
- Tanyakan tentang aktiviti yang mungkin melibatkan anak anda sepanjang berada di sana.
- Tanyakan sama ada taska tersebut menyimpan rekod kanak-kanak. Bolehkah mereka tunjukkan contoh kepada anda?
- Tanyakan apa persediaan yang dibuat semasa waktu tidur siang atau waktu berehat.
- Tanyakan tentang makanan dan nutrisi yang disediakan, serta bagaimana mereka menangani kanak-kanak yang memilih makan atau keperluan pemakanan tertentu.
- Tanyakan tentang bagaimana latihan tandas akan diajar kepada kanak-kanak.
- Tanyakan juga berkenaan lampin dan pemakanan yang akan disediakan oleh taska untuk Si Manja anda.
- Tanyakan tentang tempoh penyesuaian.
- Pertimbangkan bahawa anda dan anak anda mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pengaturan penjagaan kanak-kanak.
- Tanyakan tentang nisbah kakitangan. Adakah mereka selaras dengan garis panduan undang-undang? Apa yang berlaku apabila ada kakitangan yang bercuti sakit atau mengambil cuti?
- Tanya apakah prosedur taska untuk orang lain mengambil anak bagi pihak anda (seperti ahli keluarga atau rakan).
- Tanya tentang kos penjagaan kanak-kanak dan hak/ganjaran di bawah skim kerajaan. Juga, periksa sama ada mereka menerima baucar penjagaan kanak-kanak.
- Ketahui waktu harian taska dan adakah ini sama sepanjang tahun atau hanya untuk tempoh masa tertentu.
- Semak ketersediaan tempat. Beberapa taska perlu ditempah sehingga setahun lebih awal.