MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: What is an Allergic March?

Add this post to favorites

Apakah Maksud Perkembangan Alergi?

Perkembangan alergi bukan bermaksud Si Manja mengalami alergi bermusim pada bulan Mac. Sebenarnya, ia tidak berkaitan langsung dengan mana-mana bulan.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Perkembangan alergi bukan bermaksud Si Manja mengalami alergi bermusim pada bulan Mac. Sebenarnya, ia tidak berkaitan langsung dengan mana-mana bulan. Perkembangan alergi merujuk kepada ‘pergerakan’ alergi dalam kehidupan kanak-kanak, atau bagaimana alergi boleh berkembang di setiap peringkat tumbesaran kanak-kanak. Secara ringkasnya, kanak-kanak yang mudah mengalami alergi mungkin akan mengalami lebih banyak alergi lain semasa zaman kanak-kanak. Adakalanya, alergi ini saling bertindih dan Si Manja mungkin mengalami lebih daripada satu alergi serentak, atau satu alergi berkurangan apabila alergi lain bermula.

Juga dikenali sebagai pergerakan atopik, perkembangan alergi boleh menyebabkan Si Manja mengalami satu set tanda dan alergi mengikut turutan yang seiring dengan umur dan tumbesaran mereka. Apabila Si Manja membesar, dia masih boleh mengalami alergi lain dan penyakit atopik yang bertindih.

Salah satu contoh perkembangan alergi adalah perkembangan dermatitis atopik (ekzema) kepada alergi makanan, dan kemudiannya rinitis alergi (demam alergi) dan akhirnya asma. Bagaimanapun, ingatlah bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tindak balas yang berbeza. Si Manja mungkin mengalami alergi yang berlainan berbanding kanak-kanak lain.

Manakah Puncanya?
Penyakit atopik, atau alergi boleh diwarisi. Contohnya, jika hanya seorang daripada ibu bapa mengalami alergi, Si Manja mempunyai risiko sebanyak 20-40% untuk mewarisi alergi. Jika kedua-dua ibu bapa mengalami alergi, Si Manja mempunyai risiko alergi yang lebih tinggi (50-80%). Anda juga harus maklum bahawa walaupun kedua-dua ibu bapa bebas daripada sebarang alergi, Si Manja masih ada 5-15% risiko alergi. Secara ringkasnya, setiap kanak-kanak berpotensi untuk mengalami alergi.1-6

Apakah yang boleh dilakukan?
Risiko alergi boleh dikurangkan. Cara yang terbaik boleh diketahui daripada diagnosis awal. Anda boleh meminta pakar kesihatan melakukan ujian alergi terhadap Si Manja. Oleh sebab sejarah keluarga turut memainkan peranan untuk menentukan risiko alergi, langkah pertama dan mungkin yang paling penting adalah untuk meneliti sejarah ibu bapa.

 

Rujukan
•   Exl BM and Fritsché R. Cow’s Milk Protein Allergy and Possible Means for Its Prevention. Int J Applied Basic Nutr Sci 2001;17:642-651.
•   Aberg N, Sundell J, Eriksson B et al. Prevalence of allergic diseases in schoolchildren in relation to family history, upper respiratory infections, and residential characteristics. Allergy 1996;51:232-237.
•   Bergmann RL, Edenharter G, Bergmann KE et al. Predictability of early atopy by cord blood-IgE and parental history. Clin Exp Allergy 1997;27:752-760.
•   Hays T and Wood RA. A Systematic Review of the Role of Hydrolyzed Infant Formulas in Allergy Prevention. Arch Pediatr Adolesc Med 2005;159:810-816.
•   Tariq SM, Matthews SM, Hakim EA et al. The prevalence of and risk factors for atopy in early childhood: A whole population birth cohort study. J Allergy Clin Immunol 1998;101:587-593.
•   Wahn U, Bergmann RL and Nickel R. Early life markers of atopy and asthma. Clin Exp Allergy 1998;28:20-21   

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.