MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: Common Childhood Allergies in Malaysia

Add this post to favorites

Alergi Biasa Kanak-kanak di Malaysia

Adakah Si Manja anda mengalami alergi kanak-kanak? Reaksi alergi berlaku apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap alergen yang biasanya tidak berbahaya terhadap orang lain. Disebabkan sistem imun tersilap mengenal pasti alergen sebagai penyerang, ia menghasilkan antibodi untuk melawannya yang dianggap sebagai penceroboh. 

3 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Adakah Si Manja anda mengalami alergi kanak-kanak? Reaksi alergi berlaku apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap alergen yang biasanya tidak berbahaya terhadap orang lain. Disebabkan sistem imun tersilap mengenal pasti alergen sebagai penyerang, ia menghasilkan antibodi untuk melawannya yang dianggap sebagai penceroboh. 

Alergen yang menyebabkan alergi kanak-kanak berpunca daripada pelbagai sumber. Antaranya termasuklah bunga di taman atau makanan harian. Oleh sebab itulah Si Manja mungkin mengalami alergi makanan seperti yang berikut.

1.     Makanan Biasa
Tindak balas alergi boleh dicetuskan oleh beberapa makanan utama yang biasa dimakan. Sebagai contoh: telur, kacang tanah, gandum, soya, kekacang, ikan dan makanan laut bercangkerang. Alergi makanan boleh mencetuskan tanda serta-merta seperti bengkak atau sukar bernafas, atau tanda yang berlanjutan seperti masalah gastrousus.

2.     Habuk
Hama habuk boleh menyebabkan berlakunya serangan asma. Hama habuk ini biasanya berkumpul di kawasan yang mempunyai banyak kain seperti di bilik tidur, pada kusyen dan sofa, permainan lembut dan bantal.

3.       Demam Hay
Demam hay bukanlah demam biasa tetapi keradangan alergi apabila seseorang kanak-kanak terhidu alergen seperti debunga, habuk atau bulu haiwan. Ia boleh menyebabkan hidung tersumbat dan terganggu, atau mewujudkan tanda seperti selesema atau batuk pada diri Si Manja.

Alergi kanak-kanak adalah satu penyakit yang muncul dalam pelbagai bentuk, seperti ekzema atopik (atau dermatitis atopik), rinitis alergi, asma serta alergi makanan. Kanak-kanak Malaysia biasanya mengalami alergi awal ekzema dan ia sering dikaitkan dengan alergi makanan di mana hampir 5-10% kanak-kanak mengalaminya.

Walaupun ekzema atopik dan alergi makanan biasanya beransur hilang sebelum kanak-kanak melangkah ke alam persekolahan, alergi lain seperti asma dan rinitis alergi pula mungkin timbul. Peralihan ini dinamakan ‘pergerakan alergi’. Sungguhpun tanda alergi mungkin tidak lagi kelihatan, masalah alergi boleh berlarutan sehingga mereka dewasa.

Ibu bapa, jangan lupa untuk perhatikan sama ada Si Manja mempunyai alergi kanak-kanak tertentu. Keprihatinan anda boleh membantu untuk mengenalpasti rawatan yang tepat kepada Si Manja. Anda boleh minta pakar kesihatan anda melakukan ujian alergi terhadap Si Manja. Apabila anda telah mengenalpasti pencetus alergi tersebut, anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat untuk Si Manja seperi mengubah pemakanan atau persekitaran yang menjadi alergen kepada Si Manja.

Dr Amir Hamzah Abdul Latiff,
Perunding Kanak-Kanak & Perunding Imunologi Klinikal/Pakar Alergi 

 

Tahukah anda?

Reaksi alahan di kalangan kanak-kanak seperti gatal-gatal, ruam dan perut kembung adalah tanda-tanda awal untuk alergi. Pemilihan protein yang tepat dalam diet Si Manja boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ini. NANKID OPTIPRO® HA® 3 menggunakan Gentle Protein*, iaitu protein daripada susu lembu yang melalui proses NESTLÉ yang unik, menjadikannya 10x lebih kecil. Ianya menjadikan protein senang untuk dihadam dan mengurangkan kesan alergi atau reaksi alahan buat Si Manja. 

Dengan NANKID OPTIPRO® HA® 3, anak anda bebas untuk terokai dunia dengan selesa.  

NANKID OPTIPRO® HA® 3 mengandungi Protein Hidrolisis, DHA & ARA dan 100 juta Probiotik B. lactis.


*Merujuk kepada Protein Hidrolisis
 

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.