Feed icon
Artikel

Minggu ke-9 kehamilan: Perkembangan dan diet

“Bolehkah kau rasa denyutan jantungku” macam lirik lagu Kpop! Sebenarnya jantung si manja anda kini berdenyut baik sekali. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-9

Hi apa khabar, dah ramai tahu yang anda hamil?

Sekali imbas mungkin ada yang dapat menjangka bahawa perut anda dah ‘berisi’, manakala yang lain mungkin menantikan berita baik dari mulut anda sendiri. Menakjubkan, begitu banyak organ telah terbentuk, dan banyak lagi yang masih dalam proses perkembangan. Oleh itu, anda mungkin merasa lebih letih daripada yang anda fikirkan dan itu benar-benar normal – maklumlah ada insan kecil yang sedang membesar dalam kandungan anda!

Baru-baru ini tunas rasa anak anda mula terbentuk. Cara tubuhnya berkembang sekarang membolehkannya diukur dalam dua cara semasa ujian ultrasound: dari atas kepalanya ke tulang tongkeng dan dari atas kepalanya ke tumitnya. Si manja anda kini berkembang dengan cepat; tinggi tubuhnya akan dua kali ganda daripada sekarang menjelang minggu ke-12. Dia mempunyai kelopak mata yang menutupi matanya dan di rongga dadanya, diafragma kini memisahkan hati dan paru-paru dari saluran pencernaannya. Jantungnya berdenyut pada kadar tersendiri - antara 120 dan 160 bpm (denyutan seminit), ia berdenyut lebih cepat daripada jantung anda.

PEMAKANAN

Bagaimana dengan gula? Ok tak untuk diet saya?

Walaupun nampak seperti cara yang tidak memudaratkan untuk menghidrat, tetapi 330ml minuman ringan tin kegemaran anda boleh mengandungi sebanyak tujuh sudu teh gula. Jus mungkin alternatif yang sihat, tetapi ia juga mungkin mengandungi kalori yang tinggi. Jika anda inginkan sedikit fizz, minumlah sparkling water berperisa dengan perahan lemon atau limau segar. Malah bijirin yang dipasarkan sebagai sihat boleh mengandungi paras gula yang tinggi dalam setiap hidangan. Sebaliknya, pilihlah bijirin dan oat yang mengandungi vitamin B dan serat untuk membantu penghadaman anda dan boleh membuatkan anda berasa kenyang. Makanlah bijirin yang diperkuatkan atau diperkaya dengan asid folik, zat besi dan zink. Asid folik adalah vitamin B yang dikenali untuk mengurangkan risiko kecacatan kelahiran tertentu. Zat besi dan zink juga mineral penting. Zat besi membantu membawa oksigen di seluruh tubuh anda dan zink menyokong sistem imun anda. Tambahkan kemanisan semula jadi dengan buah-buahan segar, seperti beri atau pisang, atau tambahkan sedikit kerangupan dengan kacang panggang dan bijirin.

TIP

"Saya minum minuman keras tapi saya tidak tahu yang saya hamil. Adakah saya meletakkan anak saya dalam bahaya?" Ia adalah soalan biasa. Pengambilan minuman keras harus sentiasa dalam kesederhanaan. Jika anda minum bir atau segelas wain sebelum anda menyedari bahawa anda hamil, ia mungkin tidak menjejaskan janin. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan bahawa anda tidak meminum alkohol sepanjang kehamilan anda. Anda meningkatkan risiko sindrom alkohol janin, keguguran, kelahiran pramatang serta kelahiran dengan berat badan yang rendah.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.