Feed icon
Artikel

Minggu ke-6 kehamilan: Perkembangan dan diet

Pertumbuhan anak anda sememangnya luar biasa pada peringkat ini. Begitu banyak perkembangan menarik berlaku pada si kecil anda! Bacalah lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-6

Hi ibu-ibu, semoga anda berada dalam keadaan sihat di sepanjang kehamilan anda! Si manja anda kini telah berusia sekitar 33 minggu. Kebanyakan ibu mungkin telah mula ‘perlahan’ pada tahap ini. Beberapa kesan sampingan kehamilan yang kurang menyenangkan mungkin berlaku, contohnya rasa loya, masalah tidur dan perubahan mood. Ia berlaku kerana perubahan hormon dalam tubuh anda dan ia adalah normal. Tapi, jangan terlalu memaksa diri anda! Hamil bukanlah satu penyakit, tapi ia adalah tindak balas tubuh anda. Mungkin anda boleh ‘mencuri’ sedikit masa untuk berehat dalam rutin harian dan kerjaya anda.

Apa pula perkembangan si manja anda? Kulit si manja anda kini mula terbentuk dan semua organ lain, meskipun masih kecil tetapi sudah pun ada. Saraf optik sedang berkembang dan kepalanya kini terbentuk dengan sempurna, walaupun masih jauh lebih besar daripada yang lain. Jantung dan hatinya mengambil banyak ruang di dalam rahim anda minggu ini. Tangan dan kakinya memanjang, dan 'ekor' pendek akan hilang tidak lama lagi. Dalam beberapa minggu yang akan datang, tangan dan kaki 'itik' si manja akan memberi ruang kepada jari tangan dan jari kaki dipisahkan dengan betul. Sibuk betul si manja anda minggu ini kan?

PEMAKANAN

Iodin adalah unsur surih (unsur pemakanan berkuantiti kecil untuk pertumbuhan) penting, dan semasa kehamilan keperluan iodin anda meningkat. Kekurangan Iodin boleh memberi kesan negatif kepada anak di dalam kandungan anda. Jadi, adalah penting untuk anda memenuhi keperluan tubuh dan kandungan anda. Makanan laut dan produk tenusu adalah sumber makanan yang kaya dengan iodin yang terhasil daripada garam berodin. Oleh itu, walaupun kami tidak menyarankan pengambilan terlalu banyak garam, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menggunakan garam berodin. Dapatkan nasihat daripada pembekal penjagaan kesihatan anda jika iodin adalah nutrien yang membimbangkan anda.

TIP

Tertanya-tanya adakah anda boleh atau harus kekal aktif secara fizikal semasa hamil? Jawapannya, adalah ya!

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.