Feed icon
Artikel

Minggu ke-33 kehamilan: Perkembangan dan diet

Enam minggu. Itulah tempoh sebelum anda dapat bertemu dengan insan kecil yang menghuni rahim anda. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya minggu ini.

3 minit
hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANGAN MINGGU KE-33

Hi apa khabar? Diharapkan anda dan kandungan anda sentiasa sihat!

Adakah terdapat garis di bahagian depan perut anda? Semasa trimester terakhir garis akan terbentuk di tengah perut anda, seperti membahagikan perut anda kepada dua bahagian. Ini dikenali sebagai linea nigra (garis memanjang pada perut), yang menjadi lebih gelap apabila pigmentasi meningkat. Ia boleh dilihat dengan jelas sejurus selepas kelahiran. Beberapa minggu kemudian, ia akan hilang sepenuhnya. Jadi janganlah risau dengan garis ini!

Perubahan seterusnya, kerana rahim memerlukan semua ruang yang boleh didapatkannya, ia akan menekan pusat keluar secara perlahan-lahan. Bagi kebanyakan bakal ibu, ia mungkin kurang menyenangkan kerana pusat akan ‘timbul’ dan nampak dengan jelas. Ini pun tidak perlu dirisaukan, kerana pusat akan kembali ke kedudukan asalnya selepas anda bersalin.

Pada masa ini ‘penghuni’ kecil kehabisan ruang di dalam kandungan anda. Dia sedang bersiap sedia untuk keluar tidak lama lagi! Dia mula masuk ke kedudukan dengan meletakkan kepalanya di bahagian rahim yang paling sempit. 95% kanak-kanak dilahirkan dengan kepala mereka ke bawah. Sekarang, si manja anda telah menelan banyak cecair amnion. Ususnya beransur-ansur akan diisi dengan mekonium, bahan tebal, likat kehijauan atau kehitaman yang terhasil daripada zarah pepejal dan pelbagai bahan kecil yang terdapat di dalam cecair amnion (seperti serpihan sel dan lemak verniks). Mekonium ini akan membentuk pergerakan usus pertama anak anda semasa lahir.

PEMAKANAN

Jika anda bimbang yang berat badan anda telah meningkat dengan berlebihan, anda mungkin tertanya-tanya adakah anda boleh menurunkan berat badan dalam tempoh ini. Adalah penting bagi anda dan anak anda untuk mengekalkan berat badan yang cukup dalam trimester terakhir, sepanjang kehamilan dan berdasarkan berat badan anda ketika anda mula-mula hamil akan menentukan cadangan kenaikan berat badan anda. Walau bagaimanapun, jika kenaikan berat badan lebih daripada yang disyorkan dapatkan nasihat daripada doktor anda. Sesungguhnya, berat badan yang berlebihan semasa minggu-minggu terakhir kehamilan mungkin dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi. Berdiet untuk menurunkan berat badan semasa hamil secara sendiri bukanlah idea yang baik.

TIP

Setelah masuk bulan ke-8, sesetengah wanita menyatakan mereka terasa seperti berlaku kontraksi. Ia boleh jadi kontraksi Braxton-Hicks yang berlaku kira-kira 30 saat setiap kali. Ia bukan tanda awal untuk bersalin. Kontraksi ini adalah cara pintar rahim anda ‘berlatih’ untuk persediaan menghadapi kelahiran. Kontraksi ini bertanggungjawab untuk 'false labour’. Walau bagaimanapun, sentiasa maklumkan kontraksi kepada doktor anda, untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan yang baik.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.