MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: The Signs of Iron Deficiency: Detecting Anemia and Other Symptoms

Add this post to favorites

Tanda-tanda Kekurangan Zat Besi: Mengesan Anemia dan Gejala Lain

Bah kata pepatah, anda adalah apa yang anda makan. Pepatah ini agak tepat terutamanya untuk kanak-kanak. Nutrisi yang betul semasa peringkat awal kanak-kanak boleh memberi kesan penting ke atas kemampuan kanak-kanak untuk membesar, belajar dan memiliki masa depan yang lebih bermakna.

5 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Bah kata pepatah, anda adalah apa yang anda makan. Pepatah ini agak tepat terutamanya untuk kanak-kanak. Nutrisi yang betul semasa peringkat awal kanak-kanak boleh memberi kesan penting ke atas kemampuan kanak-kanak untuk membesar, belajar dan memiliki masa depan yang lebih bermakna.1 Untuk ibu bapa, tiada yang lebih penting selain memastikan anak-anak kita mendapat peluang terbaik dalam kehidupan mereka.

Kepentingan untuk Mendapat Zat Besi yang Mencukupi
Nutrisi yang betul termasuk memastikan Si Manja mendapat zat besi yang mencukupi. Zat besi adalah sebahagian daripada haemoglobin dalam sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke seluruh badan. Ia juga memainkan peranan dalam perkembangan fizikal dan minda. Si Manja mungkin memerlukan sehingga 5.5 kali ganda zat besi berbanding keperluan harian anda.3,4

Tanda-tanda Kekurangan Zat Besi
Berdasarkan maklumat di atas, salah satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada Si Manja telah mendapat zat besi yang mencukupi? Kebanyakan tanda dan gejala kekurangan zat besi tidak dapat dilihat sehinggalah anemia kekurangan zat besi berlaku. Bagaimanapun, jika paras zat besi Si Manja menjadi lebih rendah, Si Manja mungkin menunjukkan tanda-tanda berikut5-7:

• Mudah rasa jengkel
• Rasa sesak nafas
• Keinginan terhadap sesuatu makanan luar biasa
• Kurang makan
• Rasa penat atau lemah sepanjang masa
• Mengalami sakit lidah
• Mengalami pening atau sakit kepala

Jika Si Manja mengalami anemia serius antara petandanya termasuk:

• Mata putih kelihatan kebiruan atau sangat pucat
• Kuku rapuh
• Warna kulit yang pucat

Apakah yang perlu saya lakukan jika Si Manja disyaki mengalami anemia?
Anda seharusnya merujuk kepada profesional kesihatan anda untuk diagnosis. Dapatkan nasihat mengenai rawatan anemia kekurangan zat besi jika perlu.

Kurangkan Risiko Kekurangan Zat Besi
Untuk mengelakkan masalah kekurangan zat besi, salah satu cara terbaik dan paling mudah adalah dengan menyediakan pemakanan seimbang dengan jumlah makanan yang betul. Makanan yang kaya zat besi termasuk kekacang yang mempunyai 4mg zat besi untuk setiap 50g hidangan dan bayam pula mempunyai 2.9mg zat besi untuk setiap 100g hidangan8-9. Walaupun idea untuk memberi Si Manja makan makanan ini dengan banyak agak menarik, ia sebenarnya sukar dilakukan setiap hari. Si Manja mungkin tidak dapat menyerap semua zat besi dalam makanan tersebut.

Anda boleh menambah makanan pelengkap kepada pemakanan harian Si Manja untuk memastikan terdapat zat besi yang mencukupi. CERELAC® adalah salah satu makanan pelengkap yang sesuai, dan ia menyediakan pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan pengambilan zat besi untuk Si Manja. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) Malaysia, pengambilan zat besi untuk kanak-kanak berumur 6-11 bulan adalah 9 mg/hari10. Satu hidangan CERELAC® mengandungi minimum 5mg zat besi yang memenuhi sekurang-kurangnya 50% keperluan harian zat besi Si Manja.

Ia diperbuat dengan kaedah dipaten Nestlé® untuk memecahkan karbohidrat di dalam bijirin kepada unit-unit lebih kecil, menjadikannya lebih mudah dihadam. Ia turut mengandungi  probiotik BIFIDUS BL untuk membantu meningkatkan jumlah bakteria berfaedah di dalam usus.

Bukan itu sahaja, beras yang digunakan di dalan bijiran bayi CERELAC® diperolehi dari jelapang padi di Alor Setar, diuruskan oleh Nestlé Paddy Club®, satu inisiatif di mana Nestlé® bekerjasama dengan petani tempatan melalui inovasi lestari penanaman padi yang menggunakan pendekatan mesra-alam sekitar untuk menghasilkan bijirin bayi CERELAC®.

Dengan langkah yang tepat dan nutrisi yang betul, anda akan menetapkan asas yang baik untuk tumbesaran Si Manja.

NOTIS PENTING: Bukan untuk diberikan kepada bayi berumur di bawah 6 bulan melainkan jika dinasihati oleh professional kesihatan. Untuk kesihatan bayi optima, penyusuan susu ibu perlu diteruskan sehingga umur 2 tahun di samping memberi makanan pelengkap. Makanan pelengkap berkhasiat seperti nasi, ikan, daging, ayam, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperkenalkan kepada bayi pada usia 6 bulan. Bijirin Nestlé® CERELAC® boleh diberikan kepada bayi sebagai pilihan untuk kepelbagaian.

Rujukan

1. Lancet series on Maternal and child nutrition, 2013, Aug 3, vol 382.
2. EFSA, 2013. Scientific Opinion on the substantiation of a health claim related to iron and contribution to normal cognitive development pursuant to Article 14 of Regulation (EC) No 1924/20061. Official Journal of the European Union, 11(7), p. 3335.
3. WHO/FAO Vitamin and Mineral Requirements in Human Nutrition; Report of a Joint FAO/WHO Expert Consultation. Second edition. WHO/FAO. 2004.
4. Fats and fatty acids in human nutrition; Report of an expert consultation. Food And Agriculture Organization Of the United Nations, Rome, 2008.
5. Baker RD. Greer FR, American Academy of Pediatrics Committee on Nutrition. Clinical report -- diagnosis and prevention of iron deficiency and iron-deficiency anemia in infants and young children (0-3 years of age). Pediatrics. 2010;doi: 10.1542/peds.2010-2576.
6. Lerner NB, Sills R. In: Kliegman RM, Stanton BF, St. Geme JW III, et al., eds.Nelson Textbook of Pediatrics.
7. U.S. National Library of Medicine. 2014. Anemia caused by low iron - children. [ONLINE] Available at: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007134.htm. [Accessed 12 August 15].
8. WHO/FAO Vitamin and Mineral Requirements in Human Nutrition Report of a Joing FO/WHO Expert Consultation. Second Edition. WHO/FAO, 2004
9. Guidelines on Formulated Supplementary Foods for Older Infants and Young Children (CAC/GL08-1991)(update in process in 2013), in the absence of references values in the related standard for processed cereal-based foods for infants and children (STAN 74-1981).
10. NCCFN (2005). Recommended Nutrient Intakes from Malaysia. A Report of the Technical Working Group on Nutritional Guidelines. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

 

 

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.