MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Program pemakanan

PLAYING: What to pack in your hospital bag

Add this post to favorites

Apa yang perlu dibungkus dalam beg hospital anda

Tibalah masanya untuk anda berfikir barang yang perlu dibawa untuk bakal bayi anda, termasuklah pakaian istimewa untuk menyambutnya pulang ke rumah. Tidak lupa untuk anda juga, iaitu keperluan untuk menyusu. 

3 minit hingga baca By Shen-Li Tan Nov 29, 2021

Senarai semak beg hospital saya:
Apa yang perlu bawa untuk menyusu

  • DIRI ANDA SENDIRI! Ketika anda sibuk mengemas baju untuk anda dan bayi serta berfikir tentang bersalin, badan anda yang hebat akan bersiap bersedia untuk menghasilkan susu khas yang seimbang untuk memberikan khasiat dan melindungi Si Manja. Anda tidak perlu membuat apa-apa, payudara anda akan mula untuk menghasilkan kolostrum (yang kemudiannya akan menjadi susu matang) yang mengandungi kandungan kalori, protein dan antibodi yang sempurna untuk membantu perkembangan Si Manja. Bila tiba waktu menyusu, apa yang Si Manja perlukan hanyalah diri anda.
  • Anda juga mungkin terfikir untuk membawa lima barangan tambahan ini:
    1. Baju yang mudah dan cepat diselak untuk menyusu
    2. Bra menyusu
    3. Bantal untuk menyusu
    4. Tuala untuk muntah susu
    5. Maklumat konsultan laktasi atau khidmat bantuan menyusu jika anda ada masalah untuk menyusu

 

Senarai semak beg hospital saya:
Apa yang perlu bawa untuk anda

  • Pelan bersalin dan maklumat perubatan Pastikan anda mempunyai maklumat peribadi yang lengkap.
  • Gaun bersalin, selipar dan stoking Penting bagi memastikan anda selesa untuk bergerak di hospital.
  • Baju bersalin yang selesa dan longgar, atau t-shirt lama Pastikan anda membawa lebih supaya senang untuk diganti jika terkena kotoran.
  • Peralatan mandian Pelembap bibir, kain lap dan berus gigi untuk menyegarkan diri.
  • Tuala Lebih selesa jika anda mempunyai tuala sendiri yang dibawa dari rumah.
  • Pakaian dalam Gunakan pakaian dalam yang lama atau pakai buang.
  • Getah atau klip rambut Rambut panjang? Anda mungkin tidak mahu ianya menggangu semasa di bilik bersalin nanti.
  • Beg plastik untuk pakaian kotor Untuk mengasingkan baju kotor.
  • Buku, majalah, fon kepala dan pemain muzik… Idea yang bagus untuk menemani anda ketika bosan.
  • Telefon bimbit dan kamera Untuk memberitahu keluarga dan rakan tentang berita gembira dan merakam saat indah bersama. 

 

Senarai semak beg hospital saya:
Apa yang perlu bawa untuk bayi anda

  • Periksa apa yang tersedia Pastikan anda bertanya tentang alatan apa yang disediakan oleh pihak hospital untuk bayi yang baru lahir. Bergantung kepada jawapan, anda mungkin memerlukan…
  • 1-3 pek lampin Pastikan anda mempunyai bekalan yang cukup untuk beberapa hari yang pertama.
  • Tisu basah dan bola kapas Sangat berguna untuk menukar lampin bayi dan mengelap kotoran.
  • 2-3 helai pakaian (mengikut cuaca dan musim) Bayi yang baru lahir perlu menukar pakaian dengan kerap, jadi pastikan anda menyediakan
  • pakaian yang cukup. Anda juga mungkin ingin menangkap gambar istimewa dengan baju yang cantik untuk menyambutnya pulang ke rumah. 
  • Topi Untuk melindungi kepala bayi apabila anda keluar daripada hospital.
  • Stoking Penting untuk mengekalkan kehangatan kaki bayi.
  • Selimut yang hangat Anda boleh membawa sehelai selimut khas untuk membaluti bayi selepas lahir atau semasa perjalanan pulang ke rumah.
  • Kerusi kereta kanak-kanak Jangan lupa untuk bawa bersama sepanjang perjalanan ke rumah daripada hospital. Ia adalah wajib di kebanyakan negara. 
     

Sumber

US Department of Health and Human Services, Office of Women’s Health. Your guide to breastfeeding. January 2011.

Tarikh akhir semakan: Ogos, 2017

Join

MVP Logo

Here’s where you’ll find everything you need to make the best of those first 1,000 days of parenthood… TOGETHER.

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Not quite what you're looking for?

Try out our new smart search engine