How to cope with first trimester anxiety

How to Cope with First Trimester Anxiety

Bagaimana untuk mengatasi kebimbangan trimester pertama

Kehamilan
Artikel
Nov 26, 2021
2 minit

Anda berasa gelisah semasa trimester pertama? Anda tidak keseorangan, 1 dalam 10 wanita mengandung mengalami simptom ini semasa trimester pertama mereka. Berikut merupakan cara untuk mengawalnya. 

  • Berbincanglah dengan orang yang terdekat dan tersayang, ianya amat membantu. 
  • Jangan rasa malu atau bersalah. 
  • Jika boleh, cuba untuk kekal aktif. Ia bagus untuk anda dan kandungan. 
  • Cuba untuk berehat apabila perlu. 
  • Tetapkan masa “me time” sekurang-kurangnya sekali sehari. Mungkin mandi dengan air yang hangat atau mendengar podcast semasa beriadah?
  • Minta bantuan praktikal daripada yang tersayang. Memasak, membeli belah, menjaga anak atau apa-apa yang meringankan beban anda.
  • Berjumpalah dengan mereka yang berada dalam situasi yang sama. Tanyakan kepada pakar kesihatan atau bidan anda untuk menghadiri forum atau komuniti setempat.
  • Berehat sebentar bersama secawan kopi. Terdapat cadangan pengambilan kafein semasa mengandung. 
  • Makan secukupnya. Mendapat nutrisi yang seimbang adalah sangat penting terutamanya pada waktu sekarang. 
  • Ambil masa untuk penjagaan diri. Anda boleh mencuba terapi seperti urutan yang menenangkan atau meditasi. Anda juga boleh menggunakan aplikasi ketara sedar (mindfullness). 
  • Lakukan senaman pernafasan yang ringkas untuk menghilangkan stress. 
  • Membuat perancangan awal. Mencatat langkah yang kecil pada setiap minggu boleh membantu anda untuk berada di dalam kawalan. 
  • Jika anda berasa terbeban untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa, anda boleh baca senarai semak untuk menyediakan anda secara emosi.
  • Berjumpalah dengan pakar kesihatan jika anda perlukan bimbingan.