
Menyediakan bilik tidur untuk Si Manja anda
Senarai
- Pertimbangkan untuk menyediakan bilik yang ringkas dengan warna yang ceria. Ia memang mudah untuk menukar kusyen dan katil bayi, tetapi menukar warna dinding dan lantai adalah tugas yang sukar.
- Fikirkan tentang bilik itu seketika. Adakah ia berada di sudut rumah yang tenang? Adakah ia mendapat banyak cahaya matahari?
- Lihat Pinterest.com untuk mendapatkan inspirasi serta perkara-perkara dalam senarai yang anda inginkan.
- Buat kolaj asas (boleh dibeli dalam talian atau dengan pembekal kraf) dengan barangan dan warna yang anda sukai. Anda kemudian boleh mengubah mengikut kesesuaiannya.
- Fikirkan untuk memasang suis pemalap cahaya. Lampu yang terang boleh menjadi penyebab Si Manja susah untuk tidur.
- Periksa sama ada anda perlu meletakkan minyak pelincir pada engsel pintu supaya ia tidak berbunyi.
- Pertimbangkan katil Si Manja katil bertingkat (boleh dilaras mengikut perkembangan Si Manja).
- Pasangkan katil di dalam bilik, ia mungkin terlalu besar untuk dimuatkan melalui pintu.
- Fikirkan untuk mendapatkan kerusi berlengan yang selesa atau kerusi malas untuk penyusuan pada waktu malam.
- Pertimbangkan untuk membeli meja untuk menukar lampin dengan laci untuk memudahkan anda menyimpan barangan Si Manja.
- Beli tikar untuk menukar lampin.
- Beli tong sampah untuk lampin pakai buang.
- Pastikan perabot bilik tidur Si Manja yang mungkin tumbang apabila ditarik dan pastikan ia dipasangkan dengan selamat ke dinding.
- Pertimbangkan untuk menggunakan kertas dinding. Ia mudah dipasang dan menjadikan bilik kelihatan ceria dengan serta-merta.
- Pertimbangkan untuk memasang tirai cegah sinar.
- Pasangkan pintu pelindung kanak-kanak untuk pintu ke bilik tidur Si Manja atau tangga berdekatan.
- Sediakan selimut yang bersesuaian untuk semua keadaan cuaca.
- Sediakan lampu malam untuk menukar lampin ketika lewat malam.
- Pertimbangkan untuk membeli pemantau (CCTV) kanak-kanak – mungkin dengan kamera litar tertutup yang dipasang jauh dari jangkauan si manja.
- Cat bilik tiga bulan sebelum Si Manja lahir untuk memastikan bilik bebas wasap. Cat berasaskan air atau Sifar VOC adalah lebih sesuai.