Your Diaper Party Checklist

Planning a diaper party checklist

Merancang senarai semak parti lampin

Kehamilan
Artikel
Nov 29, 2021
2 minit

Kehadiran bayi baru semestinya menjadi penyebab untuk menganjurkan sebuah parti. Tidak kira rakan atau keluarga yang bersama-sama merancang parti ataupun anda lakukannya secara sendiri, berikut merupakan cadangan idea untuk memulakan perancangan parti lampin anda. Anda boleh mengajak rakan karib anda untuk lakukannya bersama. 

  • Fikirkan sebuah tempat untuk menganjurkan parti. Adakah anda ingin melakukannya di rumah yang selesa atau menyewa dewan di restoran
  • Mungkin rakan karib anda boleh membantu untuk menganjurkannya. Anda ada banyak lagi perkara lain untuk difikirkan. 
  • Berapakah bajet anda? Anda perlukan simpanan yang lebih untuk menyambut kelahiran bayi nanti. 
  • Fikirkan tentang tetamu anda. Adakah sekumpulan wanita? Atau rakan dan keluarga?
  • Pilih hari yang tidak terlalu dekat dengan tarikh bersalin. Semakin menghampiri tarikh bersalin, anda perlu lebih rehat. 
  • Apa kata anda menyediakan pendaftaran hadiah dalam talian? Ianya merupakan perancangan awal sekiranya tetamu bertanya apa yang anda mahukan sebagai hadiah.  
  • Fikirkan sebuah tema: sama ada tema yang mewah atau santai. Mempunyai tema adalah perkara yang menyeronokkan.
  • Fikirkan sama ada jantina bayi bersesuaian dengan tema.
  • Anda perlu pertimbangkan hari spa jika tidak menggemari  permainan dan kek.
  • Hantar jemputan dengan tarikh, masa, alamat dan RSVP yang jelas. Masukkan sekali tema atau senarai keinginan jika ada. 
  • Semak bilangan tetamu dengan tempat jemputan. 
  • Belon, hiasan, pinggan kertas, pisau dan garfu plastik. Beli barangan yang bersesuaian dengan tema anda. 
  • Beli kek atau kek cawan. 
  • Beli hadiah parti lampin dan hadiah untuk permainan. 
  • Anda boleh pertimbangkan untuk memanggil jurugambar atau minta seseorang untuk menangkap gambar dengan banyak. 
  • Pilih gabungan yang seronok untuk permainan yang bertemakan kanak-kanak. 
  • Tetapkan hiasan dengan awal. Anda perlukan seseorang untuk membantu anda dalam hal ini. 
  • Pilih tempat untuk meletakkan hadiah.