Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Pregnancy: the start of loving and protecting

Diet semasa Mengandung

 

Tempoh kehamilan anda adalah masa yang sungguh indah. Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang anak anda dalam kandungan, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak pertama anda.

Tempoh kehamilan anda adalah masa yang sungguh indah. Anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang anak anda dalam kandungan, lebih-lebih lagi jika ia adalah anak pertama anda. Dalam perjalanan sebagai seorang ibu, banyak pertanyaan yang mengambil kira pemakanan yang seimbang akan timbul. Pemakanan yang berkhasiat adalah penting untuk ibu yang mengandung serta juga untuk kandungan anda.

Anda harus makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang semasa mengandung demi kesihatan anda. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam yang mengandungi folat, serta pelbagai nutrien yang lain seperti vitamin A, C dan K. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni akan memastikan anda dan Si Manja mendapat pelbagai vitamin dan mineral. Ia akan membantu menyokong sistem pencernaan anda semasa mengandung. Jika anda cuba pelbagai jenis makanan, Si Manja juga mungkin dapat “merasa” makanan tersebut pada tempoh akhir kehamilan anda.

Anda juga memerlukan protein yang mencukupi semasa kehamilan anda. Sumber-sumber protein termasuk ikan, telur, susu atau daging tanpa lemak. Ikan kembung dan ikan salmon juga merupakan sumber asid lemak omega-3. Daging tanpa lemak yang belum diproses juga akan membekalkan protein yang diperlukan semasa mengandung. Selain daging dan ikan, anda juga perlu makan telur ayam yang mempunyai banyak vitamin dan mineral tambahan selain protein.

Cuba elakkan makanan daging mentah dan kerang. Daging yang tidak dimasak sepenuhnya mungkin mengandungi bakteria yang boleh mengakibatkan jangkitan penyakit semasa mengandung. Terdapat beberapa jenis ikan seperti jerung atau marlin yang mengandungi jumlah logam merkuri yang tinggi. Elakkan makanan jenis ikan yang disebut di atas jika boleh. Kurangkan minuman berkafein dan pengambilan alkohol demi kehamilan yang sihat dan selamat.

Jika anda ingin melengkapkan pemakanan anda semasa hamil, anda boleh cuba susu formula MOM & ME® yang diperkaya dengan nutrien. Dua hidangan/gelas sehari membekalkan 87.6mg DHA. DHA banyak didapati dalam otak. MOM & ME® juga mengandungi 20 vitamin dan mineral serta kebaikan BIFIDUS BL, iaitu bakteria yang berfaedah untuk anda dan kandungan. Dengan 2 gelas MOM & ME® sehari, anda boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan semasa kehamilan anda.

Akhir kata, pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang penting semasa kehamilan anda. Sekiranya terdapat sebarang keraguan, dapatkan nasihat doktor anda. Perjalanan untuk menjadi seorang ibu adalah satu pengalaman yang istimewa. Semoga anda berjaya dalam pengembaraan anda sebagai seorang ibu!

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.