MyFeed Personalized Content
Kehamilan
Artikel

PLAYING: 11-Week pregnant: Development and diet

Add this post to favorites

Minggu ke-11 kehamilan: Perkembangan dan diet

Kalaulah anda boleh lihat di dalam, tentu anda akan lihat rambut halus dan bulu kening si manja mula tumbuh. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

PERKEMBANG MINGGU KE-11

Salam ceria semua bakal ibu! Walaupun hamil, tapi penampilan tetap mantap kan? Pinggang seluar anda mula sempit dan saiz coli biasa anda semakin ketat. Rata-rata berat badan wanita hamil bertambah kira-kira 0.5 hingga 2.0 kg lagi menjelang akhir trimester pertama. Sebenarnya, janin bukanlah penyebab peningkatan berat badan anda. Berat mana sangatlah 10 gram. Penambahan badan disebabkan oleh rahim dan uri yang semakin membesar, serta cecair amnion.

Apa cerita si manja anda minggu ini?

Kalau diukur dari kepala hingga ke tulang tongkeng, si manja anda kini berukuran 6sm panjang. Lebih kurang saiz sebiji tomoto yang elok. Satu lagi minggu yang sibuk di dalam kandungan anda. Sel saraf terus berkembang walaupun buat masa ini, belum ada lagi hubungan antara mereka dengan otak. Walau bagaimanapun, dalam saraf tunjangnya, urat saraf mula terbentuk di dalam dan di sekeliling ototnya. Ini bermakna si manja anda akan mampu bergerak secara refleks di dalam kandungan anda tidak lama lagi.

PEMAKANAN

Untuk mengelakkan kemerosotan dalam jisim tulang anda, adalah penting untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi untuk anda dan anak anda. Terdapat kalsium dalam susu dan produk tenusu, tetapi terdapat juga beberapa minuman yang kaya dengan kalsium. Ia juga terdapat dalam kebanyakan sayur-sayuran berwarna hijau dan dalam biji bijan. Fikirkan 4 hidangan tenusu dan minuman yang kaya dengan kalsium setiap hari untuk menampung keperluan anda. Doktor anda mungkin mendapati adalah lebih baik untuk melengkapkan pengambilan makanan anda dengan kalsium dalam bentuk makanan tambahan untuk memastikan anda mendapat cukup kalsium setiap hari.

TIP

Anda mungkin berharap si manja anda mewarisi warna mata atau jenis rambut seperti anda, tapi bagaimana dengan alahan anda? Jika anda mempunyai ekzema, "demam alergi" atau asma, mungkin ada cara mengurangkan peluang anak anda mengalaminya juga.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.