Feed icon
Artikel

Sayur-sayuran untuk Si Manja

Salah satu kumpulan penting makanan yang perlu ada dalam diet Si Manja adalah sayur-sayuran. Ia merupakan sumber utama vitamin dan mineral.

2 minit
hingga baca
By Danial Ahmad ,
Feb 19, 2021

Salah satu kumpulan penting makanan yang perlu ada dalam diet Si Manja adalah sayur-sayuran. Ia merupakan sumber utama vitamin dan mineral. Sayur juga kaya dengan fiber yang bagus untuk penghadaman serta melambatkan penyerapan gula dalam darah. Pengambilan sayur yang mencukupi membolehkan Si Manja berasa kenyang dan tidak terlebih makan.

Walaupun sayur sangat penting, Si Manja mungkin lebih berminat kepada rasa manis gula berbanding sayur. Si Manja juga mungkin menolak sebarang sayur yang dihidangkan bersama makanan bayi. Berikut adalah beberapa saranan bagaimana anda boleh menambah sayur untuk Si Manja.

Penambahan sayur ke dalam makanan bayi sangat penting. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menunjukkan contoh yang baik. Tunjukkan kepada Si Manja bahawa anda juga makan sayur kerana Si Manja biasanya akan meniru perbuatan anda.

Anda juga boleh ‘sorokkan’ sayur di dalam makanannya. Cubalah puri sayur-sayuran yang lebih mudah dicampur ke dalam bijirin bayi kegemaran Si Manja. Tambahkan cebisan kecil sayur-sayuran seperti lobak merah atau kacang pis ke dalam makanan bayi Si Manja. Anda boleh membantu Si Manja menerima rasa baru sayur-sayuran dengan mencampurkannya dengan jus buah atau sediakan smoothie bersama yogurt

Untuk memastikan perut Si Manja dapat menyerap lebih nutrisi, cubalah memberinya Bijirin Bayi CERELAC untuk 12 bulan yang diformulasi khas menggunakan teknologi CHE (Cereals Hydrolysed Enzymatically). Kaedah ini memastikan karbohidrat seperti beras atau gandum dipecahkan menjadi komponen lebih kecil agar lebih mudah dihadam. Ia juga mengandungi probiotik BIFIDUS BL yang membantu memperbaiki mikroflora usus yang berfaedah di dalam sistem penghadaman Si Manja dan mengurangkan risiko cirit-birit.

CERELAC untuk 12 bulan mengandungi multi bijirin dengan tekstur dan rasa yang dipertingkatkan untuk menggalakkan citarasa Si Manja agar dapat menerima pelbagai perisa.

Sayur-sayuran adalah penting untuk kanak-kanak. Ingatlah, berikan kepelbagaian di dalam kumpulan makanan akan memberi manfaat kepada Si Manja dan menggalakkannya untuk cuba tekstur dan rasa yang berlainan. Cuba gabungkan sayur-sayuran dengan perisa berbeza di dalam makanan. Jangan bimbang jika Si Manja tidak menggemarinya makanan tersebut, teruskan usaha anda untuk menggalakkan Si Manja makan makanan bayi yang menepati keperluan nutrisinya.

Tercari-cari resipi lazat menggunakan sayur? Layari Sudut Resipi kami untuk sajian yang enak dan berkhasiat. Anda juga boleh melayari Penjagaan untuk Si Manja untuk mengetahui bagaimana mereka berkembang semasa membesar.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.