MyFeed Personalized Content
Zaman Kanak-Kanak
Artikel

PLAYING: Probiotics, Prebiotics and Antibiotics

Add this post to favorites

Probiotik, Prebiotik dan Antibiotik

Apakah perbezaan antara probiotik, prebiotik dan antibiotik? Tahukah anda bahawa probiotik, prebiotik dan antibiotik bukannya benda yang sama?

2 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Apakah perbezaan antara probiotik, prebiotik dan antibiotik?
Tahukah anda bahawa probiotik, prebiotik dan antibiotik bukannya benda yang sama? Sebutannya hampir sama, tetapi fungsi mereka berbeza dalam badan Si Manja. Probiotik misalnya, memberi manfaat kepada usus, dan boleh membantu menyokong sistem penghadaman yang sihat. Ia adalah penting untuk anda mengetahui perbezaan antara mereka untuk memastikan Si Manja mendapat manfaat sepenuhnya daripada ketiga-tiganya.



Probiotik
Probiotik ialah bakteria yang berfaedah dalam usus. Ia ialah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada tuan rumah, terutamanya kepada sistem usus dan penghadaman apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi

Bagaimanakah ia berfungsi?

  • Bakteria berbahaya dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan jangkitan. Bakteria berfaedah membantu melawan bakteria berbahaya dan mengekalkan kesihatan badan yang baik.
  • Oleh itu, ia adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan yang baik bagi bakteria berfaedah supaya ia dapat menghasilkan antibodi untuk merangsang, melatih dan membantu sistem imun kanak-kanak menjadi matang.
  • Contoh probiotik termasuk probiotik L. reuteri yang membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.


Prebiotik
Seperti yang anda jangka berdasarkan namanya, prebiotik tersedia sebelum probiotik.

  • Prebiotik ialah serat atau makanan untuk bakteria berfaedah (probiotik).
  • Prebiotik tidak terjejas oleh haba, kesejukan atau asid dalam usus.
  • Prebiotik boleh didapati dari buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti kulit epal.


Antibiotik
Antibiotik ialah ubat yang melawan jangkitan bakteria.

  • Ia berfungsi untuk membunuh bakteria dalam badan dan menghalangnya daripada membiak atau merebak.
  • Ada kalanya, antibiotik juga boleh membunuh bakteria berfaedah bersama-sama dengan bakteria berbahaya.
  • Dengan memberikan Si Manja probiotik, ia boleh membantu menambah bilangan bakteria berfaedah dalam usus Si Manja.


Masing-masing mempunyai peranan sendiri dalam tumbesaran Si Manja.


Di manakah anda boleh mendapatkannya?
Antibiotik adalah buatan manusia, dan hanya boleh diberikan oleh pakar kesihatan jika perlu.

Sebaliknya, probiotik dan prebiotik pula boleh diperolehi secara semulajadi dalam makanan tertentu. Sebagai contoh, probiotik boleh didapati dalam yogurt. Satu lagi cara untuk menambah probiotik ke dalam pemakanan Si Manja adalah menerusi susu formula yang diperkaya. Anda boleh cuba LACTOGROW® PROBIO 3. Ia ialah susu tepung formula yang dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun, dengan kebaikan probiotik L. reuteri yang mengurangkan risiko sembelit and membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Dengan perut yang selesa, Si Manja ceria! Dapatkan sampel percuma di sini.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.