MyFeed Personalized Content
Selepas bersalin
Artikel
Add this post to favorites

Perubahan Badan Selepas Bersalin: Apa yang menyebabkan saya sakit payudara?

Postpartum body changes can be a pain in the breasts, literally. As your friends and family are congratulating you on Facebook over the arrival of your newborn baby, your body is celebrating by hitting you with pains in your breasts.

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Perubahan badan selepas bersalin boleh mengakibatkan sakit pada payudara. Sementara rakan-rakan dan keluarga begitu sibuk mengucapkan tahniah kepada anda di Facebook atas kelahiran Si Manja anda, anda pula sedang sibuk mengalami kesakitan pada payudara. Mengapa ia terjadi? Mungkin inilah antara sebab-sebabnya.

Letdown Reflex
Si Manja yang baru lahir memerlukan semua nutrien untuk membesar menjadi seorang budak yang kuat dan aktif. Jadi susu anda adalah salah satu sumber nutrien terbaik untuk anak anda. Bagaimana badan anda tahu bila untuk mengeluarkan susu kepada Si Manja anda? Ia dipanggil letdown reflex.

Apabila Si Manja anda menghisap payudara anda, hormon yang dikenali sebagai oxytocin dilepaskan. Ia memberitahu otot payudara anda untuk mengeluarkan susu. Hormon tersebut dilepaskan semasa penyusuan. Selepas itu, anda juga mungkin perasan walaupun Si Manja anda menangis kelaparan boleh mengeluarkan hormon tersebut, sama seperti makanan lazat yang membuatkan anda terliur.

Letdown reflex memberi kesan berbeza terhadap setiap wanita. Ada yang merasakan sedikit cucukan. Ada juga yang berasa sakit, pedih atau tidak selesa. Jika bernasib baik, anda tidak merasakan apa-apa. Jadi salah satu sebabnya adalah letdown reflex semasa penyusuan. Oleh itu, jalan penyelesaiannya adalah anda mungkin akan terbiasa dengan ketidakselesaan setelah sekian lama dan tidak akan sedar sekalipun masalah ini.

Payudara Membengkak
Badan anda akan memastikan Si Manja anda memperoleh makanan dan payudara anda akan dipenuhi dengan susu setelah beberapa hari selepas bersalin. Sama seperti empangan yang tertekan, ia menyebabkan payudara anda membengkak atau dalam erti kata lain, ia akan membesar.   

Payudara akan menjadi lembut, panas dan menyakitkan. Air perlu dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan empangan. Setelah Si Manja anda melekap dengan baik, kerap diberikan makanan, payudara anda sudah boleh menepati amaun dan memberikan kelegaan. Jika Si Manja anda tidak boleh melekap, anda bolehlah menggunakan pam untuk mengeluarkan amaun yang sedikit. Jangan pam secara berlebihan kerana ia membuatkan anda memerlukan susu yang lebih! Tuala panas juga membantu ketika menjaga Si Manja anda.

Mastitis
Antara sebab lain untuk sakit payudara selepas bersalin adalah mastitis. Mastitis merupakan jangkitan tisu pada payudara anda. Mastitis disebabkan oleh teknik penyusuan yang salah di mana boleh memerangkap susu di dalam payudara. Ia juga boleh disebabkan oleh saluran susu tersumbat atau bakteria yang memasuki payudara. Hasilnya menyebabkan bengkak dan kemerahan pada pada payuudara anda. Beberapa gejala termasuklah payudara bengkak, sakit dan berasa demam.  

Jika anda berasa demam terutamanya gejala seperti selesema, anda dinasihat untuk berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan. Ingat anda bukanlah degil seperti suami anda, jadi jangan elakkan diri untuk pergi ke klinik atau hospital. Pakar penjagaan kesihatan pasti dapat mengdiagnosis anda dan memberikan nasihat.

Ia Tidak Bertahan Lama
Sakit payudara selepas bersalin adalah begitu sakit. Tetapi sentiasa beringat bahawa ia tidak kekal dan selalunya ia akan hilang lebih cepat daripada anda menukar gambar profil Facebook anda. Ini semua adalah lumrah perjalanan seorang ibu.

Akhir sekali, ini adalah panduan umum dan bukanlah senarai yang komprehensif. Anda diingatkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan profesional jika ada sebarang keraguan.

 

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.