MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: Allergy Symptoms: Things To Know About Your Child

Add this post to favorites

Perkara Penting yang Anda Ingin Tahu Tentang Alergi Kanak-kanak

Apakah Maksud Alergi? Alergi kanak-kanak adalah tindak balas sistem imun badan terhadap bahan yang biasanya tidak merbahaya, seperti debunga, makanan dan hama habuk rumah.

4 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Apakah Maksud Alergi?
Alergi kanak-kanak adalah tindak balas sistem imun badan terhadap bahan yang biasanya tidak merbahaya, seperti debunga, makanan dan hama habuk rumah. Walapun bahan ini (alergen) biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah, sistem imun seseorang yang alergik akan mengenalpastinya sebagai ‘ancaman’ dan memberi bertindak balas yang tidak sewajarnya, ataupub memberi reaksi alergi.

Apakah yang menyebabkan alergi?
Hampir kesemua benda di sekeliling kita boleh menjadi alergen. Apabila bahan dalam persekitaran menyebabkan reaksi alergi pada seseorang, bahan tersebut adalah dikenali sebagai alergen. Sebagai contoh, alergi kanak-kanak boleh disebabkan oleh alergen di dalam makanan.

Apakah alergen biasa dalam kalangan kanak-kanak?
Alergen biasa yang menjejaskan kanak-kanak termasuk:

•    Makanan: Makanan laut, kacang tanah, telur, produk tenusu (tidak sama seperti intoleransi laktosa)
•    Debunga dari pokok dan tumbuhan, gigitan atau sengatan serangga.
•    Rambut atau bulu haiwan, biasanya haiwan peliharaan di rumah.
•    Minyak wangi dan asap rokok.

Jika anda mengesyaki Si Manja mengalami alergi kanak-kanak, pastikan Si Manja diuji oleh doktor. Simpan rekod dan maklumat mengenai pencetus yang mungkin menyebabkan reaksi alergi Si Manja dan tanda yang berkaitan dengannya.

Apakah tanda biasa alergi kanak-kanak?
Setiap alergen mencetuskan tanda yang berlainan. Dengan tanda-tanda tersebut, doktor akan mendapat petunjuk mengenai jenis alergen yang telah terdedah kepada Si Manja. Walaupun dengan tanda ini, Si Manja mungkin tidak mengalami alergi kanak-kanak. Ujian perlu dijalankan untuk mengesahkannya. Sebagai langkah pertama, rekodkan tanda-tanda alergi dan kemungkinan punca cetusan alergi.

•    Mata gatal, berair, merah atau bengkak
•    Sukar bernafas seperti berdehit, semput atau batuk
•    Bibir atau lidah bengkak atau gatal
•    Muntah, sembelit, cirit-birit
•    Hidung berhingus, tersumbat atau gatal
•    Sakit akibat sinus, sakit kepala atau sakit tekak
•    Geligata, ruam alergi atau ekzema

Apakah cara untuk merawat alergi?
Jika Si Manja kelihatan mengalami alergi yang teruk, bawalah Si Manja berjumpa dengan doktor. Doktor anda boleh memberikan nasihat perubatan yang wajar dan tepat, bergantung kepada keparahan alergi tersebut.

Biasanya, sebelum rawatan, doktor akan menjalankan ujian alergi yang boleh dibuat melalui ujian kulit atau ujian darah alergi.

Apabila Si Manja didiagnos dengan alergi berkaitan, Si Manja mungkin akan diberikan rawatan biasa berikut:

•    Antihistamin
•    Krim emolien atau pelembab
•    Steroid
•    Adrenalin

Rawatan lain termasuk:

•    Antibiotik
•    Imunoterapi

Berapa lamakah rawatan tersebut boleh bertahan?
Si Manja mungkin kelihatan dan berasa lebih sihat, tetapi apabila ubat-ubatan telah habis dimakan, tanda-tanda alergi mungkin kembali atau bertambah teruk. Pastikan rawatan dipatuhi dan ubat-ubatan digunakan seperti yang diarahkan oleh doktor.

Apakah yang boleh anda lakukan?
Risiko alergi boleh dikurangkan. Cara terbaik boleh diketahui daripada diagnosis awal. Sejarah keluarga turut memainkan peranan untuk menentukan risiko alergi. Langkah pertama dan mungkin yang paling penting, adalah untuk meneliti sejarah ibu bapa. Anda boleh meminta pakar kesihatan anda melakukan ujian alergi untuk Si Manja

Ingatlah bahawa Si Manja sedang membesar dan persekitarannya mungkin turut berubah mengikut masa. Rawatan yang dahulunya sesuai mungkin akan hilang keserasiannya. Jumpalah doktor untuk meneliti tanda dan reaksi alergi Si Manja setiap tahun. Jika perubahan rawatan diperlukan, rekod dan pemerhatian yang anda simpan boleh membantu doktor untuk menyemak semula rawatan yang sesuai untuk Si Manja.

Tahukah anda?

Reaksi alahan di kalangan kanak-kanak seperti gatal-gatal, ruam dan perut kembung adalah tanda-tanda awal untuk alergi. Pemilihan protein yang tepat dalam diet Si Manja boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ini. NANKID OPTIPRO® HA® 3 menggunakan Gentle Protein*, iaitu protein daripada susu lembu yang melalui proses NESTLÉ yang unik, menjadikannya 10x lebih kecil. Ianya menjadikan protein senang untuk dihadam dan mengurangkan kesan alergi atau reaksi alahan buat Si Manja.

Dengan NANKID OPTIPRO® HA® 3, anak anda bebas untuk terokai dunia dengan selesa.  

NANKID OPTIPRO® HA® 3 mengandungi Protein Hidrolisis, DHA & ARA dan 100 juta Probiotik B. lactis

*Merujuk kepada Protein Hidrolisis

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.