MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: Introducing your child’s first foods? Be prepared with this handy kit

Add this post to favorites

Memperkenalkan makanan pertama anak anda? Bersedia dengan perkakasan berguna ini

Pengalaman baru kini bermula! Pengenalan makanan pejal kepada si manja anda lebih menyeronokkan apabila mereka mula menyesuaikan diri dengan citarasa dan tekstur baru. Lihat senarai perkakasan penting untuk makanan pertama si manja dan anda akan dibalas dengan pelbagai ekspresi wajah baru yang ditunjukkannya. Kami telah senaraikan perkakasan berguna untuk keperluan makanan pertama si manja anda.

3 minit hingga baca Oct 14, 2021

Perkakasan berguna

  • Jika anda ingin bermula dengan puri, alat pengisar elektrik atau pengisar tangan boleh membantu anda.
  • Pelecek dan pengayak tangan juga sesuai untuk menyediakan puri!
  • Mangkuk plastik sesuai untuk mesin basuh pinggan, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk. Mangkuk bertutup juga boleh membantu dalam fasa si manja mencampak makanan.
  • Sudu plastik atau getah yang kecil, bulat dan lembut sesuai untuk mulut dan gusi si manja anda.
  • Anda mungkin ingin membeli sudu dengan pemegang yang panjang untuk mudah dimasukkan ke dalam balang makanan botol.
  • Bagi peminat teknologi, anda boleh mendapatkan sudu yang boleh bertukar warna jika makanan terlalu panas, tetapi anda masih perlu sentiasa memeriksa suhu makanan terlebih dahulu.
  • Bib plastik yang boleh dilap dapat mengurangkan kekerapan anda menukar pakaian si manja. Memberi makan si manja memang bersepah - maklumlah dia suka bermain dengan makanan, tapi itulah keseronokannya!
  • Bib kain boleh digunakan untuk mengelap kotoran yang terlekat - belilah beberapa helai supaya ia boleh ditukar dan dicuci.
  • Apron untuk memastikan pakaian anda bersih.
  • Dulang kiub ais untuk membekukan bahagian puri dan beg beku untuk menyimpan kiub - sesuai untuk masakan berperingkat.
  • Cawan atau botol sippy membolehkan si manja minum dengan sendiri dan membantu melindungi giginya.
  • Bekas makanan yang boleh diguna semula sangat bagus apabila anda berada di luar - isikannya dengan puri buatan anda sendiri.
  • Mangkuk kanak-kanak dengan penutup yang ketat adalah penting apabila anda sedang dalam perjalanan dengan si manja.
  • Dapatkan mangkuk plastik yang lebih besar apabila anak anda sudah belajar menyuap makanan sendiri - sebaik-baiknya dapatkan beberapa biji mangkuk dengan petak pembahagian.
  • Kerusi tinggi kanak-kanak - cari yang mempunyai tali yang kuat, mudah untuk dilipat dan mudah untuk membersihkan dulang, dengan penutup dan kusyen yang boleh ditanggal, serta tetapan ketinggian yang boleh dilaras bila anak anda makin membesar. Terdapat banyak barangan yang berkualiti di Facebook jika anda ingin membeli barangan terpakai.
  • Jadual makan boleh ditempatkan di peti sejuk untuk memantau apa yang si manja anda telah cuba, dan kekerapannya. Ia mungkin memerlukan sehingga lapan percubaan untuk si manja anda membiasakan diri dengan rasa baru, jadi jangan berputus asa.
  • Kerusi booster kanak-kanak. Apabila si manja anda makin membesar, ikatkan kerusi booster kanak-kanak pada kerusi anda supaya anda boleh menikmati waktu makan bersama-sama.
  • Tikar getah atau tirai makanan tidak penting tetapi, lebih elok ada jika anak anda suka membuang makanan. Kan kami dah kata tadi, memberi makan si manja memang bersepah!
  • Sekarang anda dah tahu apa perkakasan yang perlu ada, baca pula senarai semak kami tentang bagaimana dan bila untuk memulakan pemakanan pelengkap.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.