MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: Bridging the Nutrition Gap

Add this post to favorites

Merapatkan Jurang Nutrisi Bayi

Si Manja memerlukan diet seimbang yang kaya dengan pelbagai khasiat semasa tempoh peralihannya kepada makanan pejal.

3 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Si Manja memerlukan diet seimbang yang kaya dengan pelbagai khasiat semasa tempoh peralihannya kepada makanan pejal. Perut Si Manja adalah 5 kali lebih kecil berbanding perut dewasa tetapi dia memerlukan 5 kali ganda nutrien seperti zat besi. Sebenarnya, diet biasa untuk kanak-kanak sering mempunyai jurang nutrisi.1

Pada usia ini, Si Manja anda memerlukan makanan yang padat dengan khasiat, iaitu kaya dengan nutrien walaupun diambil dalam jumlah yang kecil. Oleh itu, pastikan anda memilih makanan yang padat dengan nutrien seperti daging, telur, susu & produk tenusu, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin bayi. Ketika peringkat ini, anda perlu mula memberikan Si Manja makanan yang mudah dihadam dan menyediakan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat. Masakan ibu sememangnya yang terbaik! Apabila anda mula memperkenalkan bijirin bayi sebagai makanan pelengkap kepada Si Manja, anda dinasihatkan agar bermula dengan bijirin bayi yang bertekstur halus agar ia dapat membantu Si Manja menyesuaikan dirinya dengan diet yang lebih berat nanti.

Diet biasa Si Manja mungkin memerlukan nutrisi tambahan untuk menyokong tumbesaran yang sihat. Ia seharusnya mengandungi nutrien utama untuk menyokong pengenalan makanan pejal pertamanya. Sediakan nutrien untuk Si Manja daripada pelbagai jenis makanan dalam diet yang seimbang.

Di antara nutrien penting yang mungkin Si Manja perlukan dalam makanan bayi dia termasuk:

Zat Besi
Nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, iaitu komponen yang membawa oksigen di dalam sel darah merah. Pengambilan nutrisi penting seperti zat besi dalam kuantiti yang banyak memainkan peranan penting untuk menyokong perkembangan dan tumbesaran yang optimum. Tanpanya, Si Manja berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi.

Zink
Penting untuk tumbesaran.

Vitamin A
Penting untuk fungsi mata.

Vitamin C
Membantu penyerapan zat besi daripada makanan.

Nutrien ini boleh diperolehi daripada pelbagai sumber seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga daging. Satu pilihan mudah untuk mendapatkan nutrisi  buat Si Manja adalah melalui pengambilan bijirin bayi yang berkhasiat; ia mudah dihadam dan padat dengan nutrisi.

Nutrisi Besar untuk Perut Si Manja
Satu hidangan makanan bayi seperti Bijirin Bayi CERELAC® setiap hari, yang diperkuatkan dengan zat besi/tinggi zat besi boleh membantu mengurangkan risiko kekurangan zat besi pada Si Manja. Setiap pek diformulasi dengan nutrien penting seperti zat besi, zink, vitamin  dan vitamin C untuk membantu memenuhi keperluan tumbesaran Si Manja. Setiap hidangan Bijirin Bayi CERELAC® (bawah 12 bulan) mengandungi sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah keperluan harian zat besi*2, yang diperlukan Si Manja. 

Bukan itu sahaja, makanan bayi seperti Bijirin Bayi CERELAC® mempunyai pelbagai variasi yang enak untuk Si Manja nikmati. Daripada variasi Beras yang lazat hinggalah kepada variasi Beras & Buah-buahan yang menyelerakan, setiap hidangan untuk Si Manja sememangnya kaya dengan nutrisi dan lazat rasanya. 
 

 

*RNI (Saranan Pengambilan Nutrien) Malaysia untuk Zat besi:9mg/harian untuk bayi 6-11 bulan dan 6mg/harian untuk bayi 1- 3 bulan.

Rujukan
1. Gibson RS, Hotz C, Perlas LA. Inuence of food intake, composition and bio-availability on micronutrient deciencies of infants during the weaning period and the rest year of life. In: Micronutrient deciency during the weaning period and the first year of life. Pettifor JM, Zlotkin S (eds). Nestlé Nutr Workshop Ser Pediatr Program, 2004, vol 54, pp83-103.
2. NCCFN (2017). Recommended Nutrient Intakes for Malaysia.  A Report of the Technical Working Group on Nutritional Guidelines.  National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia, Putrajaya.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.