MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: Why does your child need micronutrients anyway?

Add this post to favorites

Mengapakah anak anda memerlukan mikronutrien?

Terdapat banyak faktor penting untuk memastikan tumbesaran dan perkembangan yang sihat untuk anak anda. Salah satu daripadanya adalah memastikan pemakanan anak anda mengandungi mikronutrien penting yang konsisten dan mencukupi, terutamanya zat besi!

2 minit hingga baca Feb 19, 2021

Terdapat banyak faktor penting untuk memastikan tumbesaran dan perkembangan yang sihat untuk anak anda. Salah satu daripadanya adalah memastikan pemakanan anak anda mengandungi mikronutrien penting yang konsisten dan mencukupi, terutamanya zat besi!

Mikronutrien adalah vitamin dan mineral yang kita perlukan dalam kuantiti surih untuk perkembangan kognitif, motor dan sosio-emosi serta kesihatan fizikal anak anda. Apabila bayi dilahirkan, otaknya dianggarkan bersaiz 25% daripada otak dewasa. Menjelang akhir tahun pertama, otaknya akan mencapai 70% daripada berat dewasanya, dan 80% menjelang umur 2 tahun1,2,3. Pada saat inilah mikronutrien diperlukan, ia membantu tubuh anak anda menjalankan tugasnya dengan baik. 

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, perkembangan minda yang tidak memberangsangkan dan imuniti yang lemah. Zat besi, terutamanya zat besi bukan-hem lebih mudah diserap oleh tubuh apabila digabungkan dengan vitamin C4,5. Iodin juga merupakan nutrien yang membina perkembangan otak di peringkat awal6 dan penting untuk fungsi tiroid. Asid lemak penting (EFA) dan Vitamin B1 (tiamina) juga turut diperlukan untuk perkembangan anak anda. Pengambilan mikronutrien yang mencukupi dapat menyokong pelbagai aspek perkembangan anak anda. Dengan sedikit perancangan dan pemakanan yang betul, anda boleh membantu anak anda semasa tahun-tahun pembesarannya.   

Rujukan
1. Dekaban, A. S., Changes in brain weights during the span of human life; relation of brain weights to body heights and body weights, Annals of Neurology, 1978 4(4), pp. 345-56
2. Knickmeyerm R. C. et al., A Structural MRI Study of Human Brain Development from Birth to 2 Years. The Journal of Neuroscience, 2008, Volume 19, pp. 12176-12182
3. Lieberman, J. A. et al., Antipsychotic drug effects on brain morphology in first-episode psychosis. Arch Gen Psychiatry, 2005, Volume 62, pp. 361-370
4. WHO/FAO. Guidelines on food fortification on micronutrients. Edited by Allen L de Benoist B, Dary O, Hurrell R. WHO/FAO 2006
5. EFSA, 2014, Scientific Opinion on the substantiation of a health claim related to vitamin C and increasing non-haem iron absorption pursuant to Article 14 of Regulation (EC No 1924/20061, EFSA, 12111, p. 3514.

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.