MyFeed Personalized Content
Perkembangan Si Manja
Artikel

PLAYING: When to Provide First Solid Food

Add this post to favorites

Bilakah Makanan Pepejal Pertama Boleh Diberikan kepada Si Manja?

Pada usia enam bulan, Si Manja anda akan mula menunjukkan tanda-tanda kesediaan untuk beralih kepada makanan-makanan pepejal pertama.

2 minit hingga baca By Shen-Li Tan Feb 19, 2021

Pada usia enam bulan, Si Manja anda akan mula menunjukkan tanda-tanda kesediaan untuk beralih kepada makanan-makanan pepejal pertama. Peringkat ini dikenali sebagai pengenalan makanan pelengkap, dan ia boleh menjadi tempoh yang agak bercelaru untuk ibu dan Si Manja. Semasa anda dan Si Manja melalui detik ini bersama-sama, pasti ada cabaran yang akan ditempuhi semasa anda tercari-cari makanan yang sesuai untuk Si Manja. Maklumlah, ia adalah pengalaman pertama Si Manja merasai makanan pepejal, pastikan anda memberi galakan kepadanya semasa waktu makan. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda dan Si Manja melalui proses pengenalan makanan pelengkap.

  • Untuk mengurangkan risiko alergi, pastikan anda melengkapi diet Si Manja dengan penyusuan ibu.
  • Pastikan Si Manja anda boleh mengangkat sendiri kepalanya, dan mampu duduk tegak dengan bantuan anda. Ia boleh mengelakkan Si Manja daripada tercekik.
  • Antara tanda Si Manja telah bersedia untuk mencuba makanan pepejal pertama adalah apabila dia mengunyah semasa waktu makan.
  • Gigi yang mula tumbuh juga adalah tanda awal dia telah bersedia untuk beralih kepada makanan pepejal pertama.
  • Perhatikan tabiat Si Manja. Jika dia mula tertarik kepada makanan anda, atau cuba mengambilnya, dia mungkin telah bersedia untuk mencuba makanan pepejal pertamanya.


Jika Si Manja menunjukkan kebanyakan tanda-tanda bersedia tersebut, cubalah berikan sedikit makanan bayi pepejal. Makanan pelengkap berkhasiat seperti beras, ikan, daging, ayam, kekacang, sayur dan buah boleh mula diperkenalkan kepada Si Manja seawal usianya 6 bulan secara beransur-ansur.

CERELAC® boleh diberikan untuk mempelbagaikan sajian Si Manja. Dengan tekstur ringan yang mudah dihadam serta kaya dengan nutrisi, Bijirin Bayi CERELAC® adalah cara mudah dan lazat untuk melengkapkan diet makanan pepejal pertama Si Manja.

Sewaktu Si Manja mencuba makanan pepejal pertamanya, pastikan anda tidak memaksa Si Manja makan jika dia menolaknya. Sebaliknya, cuba galakkan Si Manja untuk makan secara perlahan-lahan dan kekalkan sikap yang positif dan ceria. Yang paling penting, nikmati setiap detik yang anda lalui bersama Si Manja. Bon appetite!    

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.