Feed icon
Artikel

Galakkan Si Manja Untuk Makan Secara Sihat

Setiap ibu bapa mahukan anak mereka untuk makan secara sihat. Si Manja memerlukan nutrien yang tepat dan dalam kuantiti yang seimbang.

2 minit
hingga baca Feb 19, 2021

Setiap ibu bapa mahukan anak mereka untuk makan secara sihat. Si Manja memerlukan nutrien yang tepat dan dalam kuantiti yang seimbang. Bagaimanapun, ia bukanlah semudah seperti menghidang makanan di atas meja. Si Manja mungkin meragam atau tidak mahu makan dan ia menjadi sukar untuk anda memastikan Si Manja mengambil nutrisi yang baik. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda.

 

Bina Kepercayaan

Kepercayaan dan kasih sayang adalah sangat penting dan harus dibina semasa Si Manja masih kecil. Wujudkan rasa selamat semasa waktu makan kerana jika Si Manja tidak selesa, ia menjadi sukar untuk dia makan bersama-sama. Salah satu langkah yang boleh diambil adalah dengan memupuk ikatan yang positif terhadap anda. Tunjukan sikap yang responsif kepada keperluan dan perasaannya. Cara ini dapat mengukuhkan hubungan anda dengan Si Manja, dan kemudiannya menjadikan waktu makan lebih mudah diurus. Anda juga boleh memperkenalkan nutrisi yang baik melalui kepercayaan.

 

Alihkan Gangguan

Kanak-kanak kecil mudah terganggu. Hiburan yang terpapar di skrin terang dan berbunyi boleh menyebabkan Si Manja tertarik dan tidak mahu makan. Dengan adanya alat mudah alih seperti tablet dan telefon pintar, ada ibu bapa yang akan menggunakannya untuk menenangkan anak mereka. Tetapi, ia sebenarnya mengalih minat Si Manja daripada makan dengan selesa.

 

Jadikan Makanan Lebih Kecil

Adakalanya, Si Manja mungkin tidak suka sayur-sayuran, atau bahagian tertentu sajian yang disediakan. Anda boleh memotongnya menjadi cebisan kecil dan menyorokkannya dalam sajian kegemaran Si Manja untuk mengelakkannya daripada dilihat atau dirasai olehnya.

Jangan berputus asa hanya pada cubaan pertama. Apabila Si Manja semakin membesar dan mula menyesuaikan diri untuk makan pada waktu tertentu dan rasa sajian yang disediakan, keadaan akan menjadi lebih mudah. Jika Si Manja kelihatan tidak selesa semasa waktu makan, anda mungkin perlu merujuk kepada pakar kesihatan anda.

Sertai
Logo white

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.