Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Diet Yang Seimbang Untuk Si Manja

Diet Yang Seimbang
Untuk Si Manja

Landing image
Little ones need a balanced diet

1. Si Manja Perlukan Diet Seimbang

Tahu tak bahawa Si Manja memerlukan diet yang seimbang? Ini bermakna mereka perlukan pemakanan yang penuh dengan zat dan berkhasiat. Ini kerana diet seimbang membantu Si Manja anda untuk mendapatkan tenaga yang mencukupi bagi tumbesarannya. Sekiranya Si Manja menjadi lebih aktif dalam aktiviti seharian mereka, semakin banyak tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan Si Manja mereka.

Nutrients your little one needs

2. Khasiat Yang Diperlukan Si Manja

Bagi membekalkan tenaga kepada Si Manja, mereka memerlukan jumlah karbohidrat yang mencukupi melalui makanan seperti roti, nasi, kentang, pasta dan makanan yang berserat tinggi boleh dimasukkan ke dalam senarai diet mereka. Selain itu, anda juga boleh menyediakan bijirin bayi yang dicipta khas untuk membantu sistem penghadaman Si Manja. Anda juga boleh menambah buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet Si Manja anda. Ini kerana kumpulan makanan tersebut membekalkan vitamin serta mineral penting untuk tumbesaran Si Manja. Antara mineral yang terdapat dalam kumpulan makanan tersebut termasuklah zat besi, zink serta pelbagai lagi jenis vitamin.

Kumpulan produk tenusu juga penting, contohnya susu dan yogurt. Ia dapat membekalkan kalsium manakala untuk mendapatkan protein, Si Manja digalakkan untuk makan daging, ikan, telur putih, kacang dan sebagainya. Antara lain, pengambilan nutrisi seperti zat besi adalah penting untuk membantu tumbesaran yang optimum. Zat besi boleh didapati didalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan juga bijirin bayi yang diperkayakan dengan zat besi.

The importance of a balanced diet

3. Pentingnya Diet Seimbang

Bijirin Bayi CERELAC® memberikan nutrisi dan vitamin yang penting seperti zat besi, vitamin A dan vitamin C untuk tumbesaran Si Manja. Bijirin Bayi CERELAC® dengan Bijirin & Sayuran dirumus khas untuk Si Manja yang berumur 12 bulan dan ke atas untuk diet yang seimbang. Ia mengandungi kepingan sebenar sayur dan campuran gandum. Ia pasti menjadi pilihan yang enak dan berkhasiat sebagai pemakanan Si Manja anda.

Bijirin Bayi CERELAC® mengandungi sekurang-kurangnya 50% daripada keperluan pengambilan harian zat besi yang diperlukan oleh badan Si Manja. Walaupun diet Si Manja perlu mengandungi kepelbagian kumpulan makanan, anda boleh meneroka dan menambah pelbagai lagi rasa dan jenis ke dalam diet Si Manja.

Varying your little one’s tastes

4. Pelbagaikan Rasa Si Manja

Anda boleh menambah buah-buahan ke dalam dalam bijirin bayi Si Manja untuk mempelbagaikan rasa makanannya. Selain itu, anda juga boleh memasukkan ikan atau ayam untuk rasa dan tekstur dalam bijirin bayi Si Manja. Kepelbagaian dalam diet Si Manja adalah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan deria rasa Si Manja.

Untuk mendapatkan resipi yang enak dan berkhasiat, sila lawati laman web kami di bahagian resipi.

NutriPuffs® spinach & onion

5. Makanan yang lazat rasanya

Bijirin Bayi CERELAC® mempunyai pelbagai variasi yang enak untuk Si Manja nikmati. Daripada variasi Beras yang lazat hinggalah kepada variasi Beras & Buah-buahan yang menyelerakan, setiap hidangan untuk Si Manja sememangnya kaya dengan nutrisi dan lazat rasanya.

*RNI (Saranan Pengambilan Nutrien) mengesyorkan sekurang-kurangnya 9mg/sehari untuk kanak-kanak yang berumur 6-11 bulan. Setiap 50g Bijirin Bayi CERELAC® mengandungi 5mg zat besi.

Rujukan:

  1. FAO/WHO RNIs 12-36 months
  2. FAO/WHO Vitamin and Mineral Requirements in Human Nutrition-Report of a Joint FAO/WHO Expert Consultation Second edition. WHO/FAO. 2004
  3. Guidelines on Formulated Supplementary Foods for Older Infants and Young Children (CAC/GL08-1991) [update in process in 2013], in the absence of references values I the related standard for processed cereal-based foods for infants and children.

Jadilah sebahagian daripada keluarga kami!

Di sini, anda boleh mendapat pelbagai info yang diperlukan untuk melalui pengalaman 1,000 hari pertama sebagai ibu bapa dengan sebaiknya…BERSAMA-SAMA.

  • Benefits Nutrition Belajar mengenai nutrisi
  • Benefits Practical Tools Cuba cara dan kaedah praktikal
  • Benefits Help Dapatkan bantuan dan jawapan kepada persoalan dengan pantas
  • Benefits Coupons Nikmati kupon dan tawaran hebat

Sertai Sekarang >

Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.