Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Share this Article
X
Constipation in Children

Sembelit dalam kalangan Kanak-kanak

 

Sembelit bukan sahaja berlaku pada orang dewasa, malah ia boleh dialami oleh kanak-kanak juga. Sembelit menyebabkan rasa tidak selesa, sakit dan ia mungkin memerlukan rawatan intensif jika keadaan berlarutan.

Sembelit bukan sahaja berlaku pada orang dewasa, malah ia boleh dialami oleh kanak-kanak juga. Sembelit menyebabkan rasa tidak selesa, sakit dan ia mungkin memerlukan rawatan intensif jika keadaan berlarutan. Oleh itu, ibu bapa harus peka dan mengenali tanda-tanda sembelit pada Si Manja agar rawatan yang betul dapat diberikan.

Sembelit berlaku apabila najis Si Manja lebih keras berbanding biasa, selama 2 minggu atau lebih. Tanda-tanda sembelit yang lain termasuklah perut yang sering kembung, kurang selera makan dan Si Manja mudah marah dan meradang.

Salah satu punca utama sembelit adalah kekurangan cecair dalam pemakanan harian Si Manja. Pemakanan harian Si Manja seharusnya merangkumi air yang mencukupi serta serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Sembelit juga boleh berlaku apabila Si Manja menahan diri untuk membuang air besar kerana berasa tidak selesa.

Terdapat beberapa cara untuk membantu Si Manja mengatasi sembelit:

•    Pastikan Si Manja minum banyak air, serta makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat. Cuba biasakan Si Manja makan sayur-sayuran dan buah-buahan sejak kecil agar dia dapat menerima rasa dan teksturnya. Ia juga dapat membantu memupuk tabiat makan yang baik pada masa hadapan.
•    Berikan Si Manja makanan bayi dan susu formula terbaik untuk bayi yang diperkaya dengan probiotik. Probiotik membantu meningkatkan bakteria berfaedah di dalam usus.
•    Latih Si Manja menggunakan tandas, dan galakkannya untuk memberi petunjuk apabila dia ingin membuang air besar. Si Manja perlu pergi ke tandas apabila perlu membuang air besar dan bukan menahan diri.

Jika Si Manja mengalami tanda-tanda sembelit yang berpanjangan, anda perlu membawa Si Manja pergi berjumpa dengan doktor. Pencegahan adalah lebih baik daripada perawatan. Jadi pastikan Si Manja makan secara sihat dan sediakan pemakanan yang seimbang untuk mencegah sembelit daripada berlaku.

Baca lagi

Jom SAMA-SAMA Sertai Keluarga Kami Sekarang

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam ibu bapa!

  • Benefits NutritionInfo mudah difahami mengenai nutrisi
  • Benefits ToolsCuba alat pengiraan praktikal
  • Benefits HelpDapatkan bantuan dan jawapan segera yang anda perlukan
  • Benefits CouponsNikmati tawaran hebat dan kupon

Mari kita mulakan!

Related Content
Article Reviews
Carian

Masih belum temui
apa yang anda cari?

Cubalah enjin soalan baru kami yang pintar. Kami sentiasa ada sesuatu untuk anda.