MyFeed Personalized Content
Selepas bersalin
Artikel

PLAYING: Postpartum Body Changes: What Causes My Breast Pains?

Add this post to favorites

Perubahan Badan Selepas Bersalin: Apa yang menyebabkan saya sakit payudara?

Perubahan badan selepas bersalin boleh mengakibatkan kesakitan pada bahagian payudara. Ketika rakan dan keluarga anda mengucapkan tahniah di Facebook atas kelahiran Si Manja, anda pula sibuk berasa sakit pada payudara. 

3 minit hingga baca Feb 19, 2021

Perubahan badan selepas bersalin boleh mengakibatkan kesakitan pada bahagian payudara. Ketika rakan dan keluarga anda mengucapkan tahniah di Facebook atas kelahiran Si Manja, anda pula sibuk berasa sakit pada payudara. Mengapa ia terjadi? Mungkin inilah antara sebab-sebabnya.

Letdown Reflex
Si Manja yang baru lahir memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membesar menjadi seorang kanak-kanak yang kuat dan aktif. Oleh itu, susu anda adalah salah satu sumber nutrien terbaik untuk Si Manja. Bagaimanakah badan anda tahu bila untuk mengeluarkan susu kepada mereka? Ia dipanggil sebagai letdown reflex.

Apabila Si Manja menghisap payudara anda, hormon yang dikenali sebagai oxytocin dilepaskan. Ia memberitahu otot payudara untuk mengeluarkan susu. Hormon tersebut dilepaskan semasa penyusuan. Selepas itu, anda mungkin perasan walaupun Si Manja hanya menangis kelaparan, anda boleh mengeluarkan hormon tersebut. Keadaan ini sama seperti anda terliur ketika melihat makanan yang sedap. 

Letdown reflex memberi kesan yang berbeza terhadap setiap wanita. Ada yang merasakan sedikit cucukan. Ada juga yang berasa sakit, pedih atau tidak selesa. Jika bernasib baik, anda tidak merasakan apa-apa. Jadi, salah satu sebabnya adalah letdown reflex semasa penyusuan. Namun begitu, anda mungkin akan terbiasa dengan ketidakselesaan ini dan tidak menyedarinya setelah sekian lama. 

Payudara Membengkak
Badan anda akan memastikan Si Manja memperolehi makanan dan setelah  beberapa hari selepas bersalin, payudara anda akan dipenuhi dengan susu. Sama seperti empangan di bawah tekanan, ia akan menyebabkan payudara anda membengkak atau dalam erti kata lain, ia akan membesar.   

Payudara akan menjadi lembut, panas dan menyakitkan. Air perlu dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan empangan. Setelah Si Manja anda dapat melekap dengan baik dan kerap disusukan, payudara anda akan berasa lega kerana ianya menepati jumlah yang perlu dikeluarkan. Jika Si Manja tidak boleh melekap dengan baik ketika menyusu, anda bolehlah menggunakan pam untuk mengeluarkan sedikit susu. Jangan pam secara berlebihan kerana ia memberi isyarat kepada payudara yang anda memerlukan susu yang lebih! Tuala panas juga dapat membantu anda sebelum menyusu.

Mastitis
Antara sebab lain untuk sakit pada payudara selepas bersalin adalah mastitis. Mastitis merupakan jangkitan tisu pada payudara anda. Mastitis boleh disebabkan oleh teknik penyusuan yang salah di mana ia boleh memerangkap susu di dalam payudara. Ia juga boleh disebabkan oleh saluran susu tersumbat atau bakteria yang memasuki payudara. Akibatnya, payudara menjadi sakit, bengkak dan kemerahan. Anda mungkin mengalami gejala seperti payudara bengkak, sakit dan berasa demam. 

Jika anda berasa demam terutamanya mempunyai gejala seperti selesema, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan. Ingat, anda bukanlah degil seperti suami anda, jadi jangan elakkan diri untuk pergi ke klinik atau hospital. Pakar kesihatan akan melakukan pemeriksaan dan memberikan nasihat.

Ia Bukan Untuk Selamanya
Kesakitan pada payudara selepas bersalin adalah sesuatu yang menyakitkan. Tetapi, anda perlu ingat yang ia bukan untuk selamanya. Selalunya, ia akan hilang lebih cepat daripada anda menukar gambar profil Facebook anda. Ini semua adalah lumrah perjalanan sebagai seorang ibu.

Akhir sekali, ini adalah panduan umum dan bukanlah senarai yang komprehensif. Anda diingatkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan profesional jika ada sebarang keraguan. 

 

Sertai

MVP Logo

Kami kongsikan segala yang anda ingin tahu dan selami dalam 1,000 hari pertama melangkah ke alam keibubapaan!

  • icon paper

    Hanya Untuk Anda

    Nikmati kandungan khas untuk anda, petua keibubapaan, dan promosi produk terkini.

  • icon faq

    Tip & Nasihat

    Perlukan nasihat pemakanan? Bincang dengan pakar nutrisi kami.

  • icon box

    Sampel percuma

    Dapatkan sampel dan cuba produk kami hari ini!

  • icon calendar

    Aplikasi

    Cuba aplikasi kami untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan.

Search icon

Bukan apa yang anda cari?

Cubalah enjin carian pintar baru kami.